Home / Motivasi / Al Qadar – Kemunculanmu Dicari

Al Qadar – Kemunculanmu Dicari

Doa-Al-Qadr2Salam, siapa yang tidak kenal dengan al-qadar?. Suatu malam di bulan Ramadhan yang terlebih baik daripada seribu bulan [83 tahun 3 bulan]. Al-qadar dirahsiakan oleh Allah supaya umat Islam mencarinya di sepanjang bulan Ramadhan dan bukan hanya tertumpu pada hari-hari tertentu sahaja. Kelebihan bulan Ramadhan itu sendiri sangat hebat hingga amalan ibadah boleh digandakan sehingga 700 kali! Subhanalllah.

Sungguhpun begitu, terdapat pelbagai pendapat tentang tanda-tanda Lailatul-Qadar. Tanda-tanda ini boleh dibahagikan kepada 2 :-

1. Tanda yg mengiringi

  • Orang yg beribadah pada malam tersebut merasakan kelazatan ibadah tersebut melebihi pada hari-hari yang lain.
  • Di sebelah malamnya terasa kurang terang, tidak terasa panas dan juga terlalu dingin, tiada hujan, langit seolah-olah tiada berawan dan tiada angin kencang – angin bertiup tenang dan nyaman.
  • Bulan tampak seperti separuh bulatan.

2.  Tanda yang mengikuti

  • Matahari akan terbit pada waktu pagi dengan cahaya yang tidak kuat/panas, sinarnya bersih tidak seperti hari-hari biasa dan berwarna kemerah-merahan.

Tetapi bilakah berlakunya Al-Qadar ini ? Tidak diketahui dengan tepat tarikhnya dan menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari, 4/260.

“Pendapat terpilih berdasarkan himpunan dalil-dalil bahawa, dijadikan Lailatul Qadar itu tetap berlaku pada malam sepuluh akhir Ramadhan, kemudian pada malam ganjilnya, tidak ditetapkan melalui tanda-tandanya yang khusus, sebagaimana petunjuk dalil-dalilnya yang jelas.”

Hadis riwayat Muslim daripada Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda :

“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.”

Carilah di sepuluh yang akhir khususnya pada malam-malam yang ganjil yakni malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Lalu sebagian ulama merajihkan (menguatkan), Lailatul Qadar berpindah-pindah dari dari satu malam ke malam ganjil lainnya pada setiap tahunnya. Lailatul Qadar tidak tertumpu pada satu malam tertentu saja pada setiap tahunnya.

Apakah amalan terbaik yang boleh dilakukan pada malam berkenaan ? Antara amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. :

  1. Melakukan iktikaf sebagaimana hadith drp Aisyah r.a, katanya “Sesungguhnya Nabi melakukan i’tikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan sampai Allah mewafatkan beliau, kemudian para isteri beliau meneruskan iktikaf seperti itu sesudah beliau wafat.”
  2. Memperbanyakkan doa. Doa yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w. ialah “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau menyukai maaf, maka maafkan aku.”
  3. Menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan bersolat atau melakukan ibadah-ibadah lain.

Kesimpulannya, janganlah melepaskan peluang yang begitu besar ini kerana kita tidak tahu, apakah kita bakal diberikan peluang lagi oleh Allah s.w.t untuk mengharungi Ramadhan pada tahun hadapan. Takut-takut inilah Ramadhan terakhir kita !

Selamat beribadah, teruskan usaha gigih anda mencari Al-Qadar.

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>