Home / Teknologi / Android – OS yang semakin pesat berkembang …

Android – OS yang semakin pesat berkembang …

Sebut saja smartphone, rata-rata orang mengaitkannya dengan Android. Apa itu android ? Android adalah system pengoperasian [Operating System – OS] yang dibina drp sumber pengoperasian terbuka [Open Source] yang lbh dikenali sebagai Linux.

Tujuan asal pembangunan Android adalah lbh fokus kpd mobile devices seperti handphone dan tablet. Walaupun demikian ianya mula didedahkan kepada alat-alat elektronik lain dalam kehidupan seharian pengguna.

Bila sebut OS, ia berfungsi sama seperti OS lain pada komputer seperti Windows, Mac OS, Unix, etc. Kelebihan OS ini kerana ia bersifat Open Source, developer dari mana-mana syarikat bebas mengolah semula source code android mengikut kreativiti masing-masing.

Banyak syarikat-syarikat gergasi handphone yang telah meneroka OS ini untuk kegunaan dalam keluaran handphone masing-masing. Antaranya HTC, Samsung, Asus, Acer, Sony, etc.

Disebabkan kos perolehan operating system ini hampir zero kerana sifat open sourcenya, syarikat-syarikat tadi mengambil peluang untuk lebih fokus kepada hardware handphone keluaran mereka.

android-phone-tablet-web

Hari ini hampir semua orang mampu memiliki smartphone pada harga yang lebih rendah. Malah, fungsi handphone itu sendiri hampir boleh menggantikan fungsi sebuah komputer. Jadi tidak hairan, kalau ramai di antara kita yang berlumba-lumba untuk memiliki gadget yang canggih kerana pemilikan gadget sebegini secara tidak langsung sama seperti memiliki sebuah komputer yang boleh dibawa kemana-mana kerana saiz dan kemampuannya. Natijahnya, pengguna akan mendapat kelebihan untuk memiliki handphone berkuasa tinggi dengan pelbagai features yang ditawarkan pada harga yang munasabah dan berbaloi.

Walau bagaimana pun ciri-ciri asas [hardware/software] di bawah seharusnya ada pada sebuah smartphone tidak kira apa jenis OS yang digunakan :

  1. Wifi series a/b/g/n/n+
  2. Bluetooth
  3. 3G/4G capable
  4. GPS
  5. Dual Camera [Camera/Video Call]
  6. PIM/Organizer Functions
  7. Flash Support
  8. Memory card slot
  9. Dual/Quad Core with at least 1/2 GB RAM
  10. SMS with threaded view
  11. Email and social media capabilitiy [FB, Twitter, etc]

Check Also

Mengapa Perlunya Laman Web Mesra Mobile

Jika anda memiliki atau mengendalikan sebarang laman web, pastikan laman web anda bersifat mobile friendly …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>