Home / Motivasi / Apabila Allah Mendidik Kita Berpuasa

Apabila Allah Mendidik Kita Berpuasa

As-salam,

“Kenapa kita mesti berpuasa ? ” tanya seorang ustaz, jawab salah seorang muridnya – “Agar kita dapat merasai kelaparan dan kesusahan orang miskin”.

Ramai yang beranggapan bahawa tujuan berpuasa pada bulan Ramadhan adalah untuk merasai kelaparan yang dialami oleh orang miskin, dengan harapan timbulnya rasa simpati dan empati terhadap golongan ini. Tanggapan sebegini rasanya kurang tepat walaupun ada kebenarannya.

Jika benar itulah tujuan utama berpuasa, mengapa pula orang miskin yang kelaparan masih diwajibkan berpuasa ? Bukankah mereka sudah merasai kelaparan ? Biarlah orang kaya yang selalu kenyang dengan makanan mewah itu diwajibkan berpuasa.

Namun, ia tidak begitu. Orang miskin dan orang kaya sama-sama diwajibkan berpuasa. Ini menunjukkan ada tujuan lain yang lebih utama di sebalik rasa ‘lapar’ semasa berpuasa. Amat besar bezanya berlapar kerana Allah dengan berlapar kerana tiada makanan untuk dimakan.

Pada bulan Ramadhan, umat Islam berlapar hanya kerana Allah semata-mata. Dengan berpuasa, Allah sebenarnya mahu melatih kita untuk menjadi orang yang bertakwa.

Allah s.w.t berfirman : “Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”. [ Al-Baqarah : 183 ]

Apakah hasil takwa ini ? Insya-Allah, apabila puasa hasilnya takwa. Orang kaya akan bersyukur dengan ‘kekenyangannya’ dan orang miskan akan bersabar dengan ‘kelaparannya’! Begitulah hebatnya didikan Allah kepada hamba-Nya.

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>