Home / Teknologi / Bagaimana Nak Tahu Laman Web Mana Yang Sedang DiAkses Oleh Komputer Anda ?

Bagaimana Nak Tahu Laman Web Mana Yang Sedang DiAkses Oleh Komputer Anda ?

As-salam,

Seperti yang anda sedia maklum, PC anda setiap hari mengakses banyak laman web hasil daripada aktiviti surfing anda. Tahukah anda, laman web manakah yang sedang diakses oleh PC anda setiap kali anda melayari laman web tertentu ? Dalam teknologi web yang ada kini, boleh jadi anda sedang melayari laman web tertentu tetapi script yang pada laman web tersebut kadang-kadang mengarahkan PC anda mengkakses laman web lain tanpa anda sedari.

Ya, sudah pasti anda tidak sedar kerana apa yang anda lihat di paparan monitor anda tidak semestinya yang sebenar berlaku di sebalik takbir. Kadang-kadang sambungan yang tidak disedari ini boleh memberi kesan yang sangat merbahaya kepada maklumat-maklumat sensitif yang tersimpan di dalam komputer anda. Script yang sedang beroperasi tersebut boleh jadi terdiri daripada malware, spyware, adware, trojan dan sebagainya bertindak senyap tanpa pengetahuan anda.

Walau bagaimana pun, terdapat cara termudah untuk anda mengetahui aktiviti di sebalik tabir ini dengan menggunakan command prompt mudah yang sudah tersedia bagi pengguna Windows.

Masuk ke mode command prompt dgn menjalankan arahan cmd di kotak search programs and files (saya menggunakan Windows 7 – photo 1). Taipkan arahan netstat -abf 5 > activity.txt seperti gambar di bawah. Selepas menjalankan arahan tersebut, tunggu sehingga beberapa minit dan kemudian tekan Ctrl+C untuk menghentikan process merekod data.

Anda perlu membuka file activity.txt untuk melihat hasil yang telah direkodkan. File ini blh dibuka menggunakan notepad. Di dalam file ini tersenarai semua proses (browser, IM client, email, etc) yang sedang berhubung dengan internet, termasuk juga open ports yang digunakan dan senarai services atau apps yang sedang menunggu traffic. File ini juga menyenaraikan process tertentu yang sedang berhubung dengan website tertentu.

Jika anda melihat nama process yang pelik, anda boleh google nama process tersebut terlebih dahulu untuk melihat maklumat yang berkaitan. Dengan cara tersebut, anda akan dapat mengenalpasti process mana yang perlu dihentikan berdasarkan maklumat daripada carian anda tersebut.

Selamat mencuba !

Check Also

Mengapa Perlunya Laman Web Mesra Mobile

Jika anda memiliki atau mengendalikan sebarang laman web, pastikan laman web anda bersifat mobile friendly …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>