Home / Motivasi / Bayaran Zakat Fitrah – Bilakah Waktu Paling Afdal ?

Bayaran Zakat Fitrah – Bilakah Waktu Paling Afdal ?

As-salam,

Hanya tinggal 1 hari saja lagi untuk umat Islam menunaikan zakat fitrah bagi diri dan juga tanggungan. Bayaran zakat boleh dibuat kepada amil-amil yang telah dilantik oleh masjid dalam kariah masing-masing.

Terdapat beberapa hukum berkaitan dengan pembayaran zakat fitrah ini, hukum ini disandarkan kepada masa/bila/waktu bayaran zakat fitrah tersebut dibuat. Berikut adalah senarai hukum-hukum tersebut :

  1. Waktu Wajib – apabila terbenam matahari 29/30 Ramadhan sehingga terbit matahari pada keesokkan paginya.
  2. Waktu Afdhal – sebelum Solat Sunat Hari Raya Eidulfitri.
  3. Waktu Sunat – sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu Makruh – selepas Solat Sunat Hari Raya Eidulfitri sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  5. Waktu Haram – selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Zakat fitrah yang ditunaikan selepas Solat Sunat Hari Raya Eidulfitri adalah dikira sebagai sedekat biasa dan bukan lagi zakat fitrah sebagaimana hadis drp Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :

”Barang siapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat Ied, maka termasuk zakat fitrah yang diterima, dan barang siapa yang membayarnya sesudah solat ied , maka termasuk sedekah biasa ( bukan zakat fitrah lagi ) “    [ HR Bukhari dan Muslim ]

Pastikan sahabat-sahabat sekelian hanya membuat bayaran zakat fitrah pada pilihan 1 hingga 3. Jika anda benar-benar sibuk, pilihlah waktu sunat untuk lebih selamat.

Selamat Berzakat!

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>