Home / Motivasi / Cepatnya Masa Berlalu …

Cepatnya Masa Berlalu …

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini dah hampir seminggu tahun baru 2016 menyapa kita, begitu cepat masa berlalu. Azam 2015 pun masih ada yang belum dicapai. Itulah masa …. begitu konsisten dan patuh dengan perintah Allah. Kita bagaimana ? Kalau bercakap pasal kepatuhan, sudah pasti kita kalah dengan masa. Konsep istiqamah yang ditunjukkan oleh masa jarang-jarang dapat kita ikuti dengan baik.

Ok, kita tinggalkan soal masa, memikir kembali soal meletakkan target/azam pada mana-mana tanggal seharusnya mengambil kira soal logik/praktikal. Sebelum itu, pentingnya target atau goal ini kerana ia meletakkan kita  dengan satu arah tuju/sasaran yang boleh dijadikan panduan untuk memastikan kita sentiasa di atas landasan yang betul dan membawa kepada matlamat.

Sasaran goal anda perlulah lebih spesifik, supaya anda lebih mudah mengorak langkah menghala ke matlamat tersebut. Umumnya langkah-langkah tersebut boleh disenaraikan seperti di bawah :

  • Mesti Bertulis
  • Mesti Spesifik
  • Mesti ada Ukuran
  • Mesti ada Jangka Masa

Tambahan kepada langkah-langkah ialah dengan mengambil kira budget atau belanjawan yang terlibat untuk mencapai goal tersebut. Pastikan goal tersebut berada dalam ruang kemampuan dari sudut wang, fizikal dan mental kita. Seperti biasa, selepas berusaha bersungguh-sungguh, kita perlu berdoa dan bertawakkal kepada Allah – Pemilik Segala Goal!

Mulakan daripada sekarang, tidak ada istilah tunggu dan lihat, tunggu, tunggu ….. dan tunggu. Gerakkan langkah pertama anda!

 

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>