Home / Kesihatan / Jerebu Melanda Semula

Jerebu Melanda Semula

jerebu2015Salam semua, dua tiga hari ini jerebu sekali lagi menyelubungi Malaysia. Jarak penglihatan agak teruk, kalau di Pulau Pinang sekitar 0.5 km memang menyukarkan keadaan bagi sesiapa yang memandu atau membawa bot/perahu. Semua sudah sedia maklum kejadian ini disebabkan aktiviti haram pembakaran hutan di Indonesia. Indeks Pencemaran Udara (IPU/API) boleh disemak di :-

IPU Negeri-negeri Seluruh Malaysia      http://apims.doe.gov.my/v2/
Kemaskini setiap jam http://apims.doe.gov.my/apims/hourly4.php
Regional Haze Situation http://asmc.asean.org/home/

Skala berikut diguna pakai untuk mengukur tahap kualiti IPU di Malaysia.

API-Level

Apakah tindakan anda ketika musim jerebu ini ? Anda boleh praktiskan panduan di bawah :

  • Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
  • Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, anda dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) jenis 3 ply.
  • Pastikan pengaliran udara di dalam rumah atau bangunan sentiasa bersih.
  • Apabila memandu, gunakan air-cond dengan mode ‘kitaran udara dalaman’.
  • Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  • Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan aktiviti luar.

Jerebu ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan anda sekiranya anda terdedah secara berterusan, antara symptom yang mungkin timbul akibat jerebu ialah :-

  • penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
  • asma
  • radang paru-paru
  • sakit jantung
  • sakit tekak
  • sakit mata
  • batuk
  • selsema

Sayangi kesihatan anda, tanpanya bukan saja aktivi harian anda terganggu malah yang lebih teruk anda bakal menghadapi jerebu untuk beribadah kepada Khalid kerana nikmat kedua terbesar ini ditarik oleh-Nya kerana sikap endah tidak endah anda. Fikir-fikirkan, sama-sama kita apply apa yang kita faham dan yakin. Insya-Allah.

Wassalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>