Home / Motivasi / Jom Kita Memeriahkan Blog …

Jom Kita Memeriahkan Blog …

Tajuk entri kali ni agak pelik ye, memang pelik ! Bagi anda yang sebelum ini mengikuti gaya penulisan saya samada dalam bentuk artikel atau hebahan-hebahan yang saya sebarkan di portal jombalik.net, semuanya bersifat agak formal.

Kalau anda perasan, blog admin ini sendiri sudah agak berhabuk kerana jarang-jarang dikemaskini ekoran terlalu banyak komitment yang mencuri masa saya khususnya di tahun 2013 ini.

Tahun ini sendiri, inilah merupakan entri pertama saya di blog admin ini! Entah macam mana tergerak pulak hati hari ini untuk meluangkan sedikit masa mengemaskini blog yang tidak seberapa ini.

Boleh jadi blog ini perlu digarap sedikit dengan wacana yang lebih mudah dan santai kerana rata-rata pengunjung blog termasuk anda yang sedang membaca titipan saya kali terdiri daripada mereka yang santai, mudah dan mencari sesuatu yg meringankan minda untuk dihadam selepas penat bekerja, betul tak ?

Selepas difikir dan ditimbang, saya membuat keputusan untuk mengubah ‘appearance’ jombalik.net drp sebuah portal kepada sebuah blog yang bersifat santai dan ceria.

Daripada melaporkan topik-topik ‘heavy’ kepada yang lebih mudah, ringan, bersifat semasa dan yang berlaku di sekitar anda. Setidak-tidaknya blog ini boleh dikemaskinikan dengan mudah berbanding kemaskini portal yang memerlukan keterlibatan sejumlah ahli yang komited dan bersifat kolektif!

Apa pendapat anda  dengan langkah saya ini ? Tinggalkan komen anda di bawah, boleh jadi komen berharga anda blh membantu saya memeriahkan blog jombalik ini.

Terima kasih terdahulu atas sokongan anda selama ini!

Admin.

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>