Home / Teknologi / Kronology Versi Macintosh

Kronology Versi Macintosh

As-salam, 

Kepada para sahabat yang menggunakan Macintosh atau merancang untuk membeli mesin yang dilengkapi dengan Mac OS, kronologi versi operating system OSX di bawah mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang  sesuai dengan budget dan keperluan penggunaan anda.

Mungkin anda tertanya-tanya, apa bestnya Mac OS ini, bukankah kebanyakkan daripada kita menggunakan Windows sebagai operating system (OS) untuk menyelesaikan tugas-tugas harian? Ya, itulah kebiasannya tapi jika anda lebih serius terlibat dengan bidang-bidang tertentu yang memerlukan penggunaan mesin yang lebih stabil dan konsisten khususnya mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, video editing, engineering, software developments, film rendering, etc. Penggunaan OS ini sememangnya menjadi pilihan oleh golongan professional ini.

Terdapat banyak OS yang ada di dunia ini daripada yang bersifat open source kepada yang berbayar, masing-masing mempunyai kelebihan dan kemampuan yang tersendiri berbanding yang lain. Antara yang terkenal ialah Linux, Windows, OSX, Sun OS, FreeBSD, Debian dan varian masing-masing seperti Ubuntu, Kubuntu, Android, Chrome OS dan sebagainya.

Jika anda kekurangan budget, saya sarankan anda belajar menggunakan Open Source OS seperti Linux, Ubuntu, etc kerana secara umumnya OS ini adalah percuma dan anda tidak tertakluk kepada apa-apa lesen berbayar untuk menggunakannya. Jika budgett anda di bahagian pertengahan (majoriti drp kita) anda boleh menggunakan Windows Original Licence (kelebihan dari segi  kemaskini OS) berbanding penggunaan versi pirated (penggunaan versi pirated untuk bisnes adalah tidak digalakkan kerana anda boleh didakwa di sisi undang yang jika sabit kesalahan anda boleh didenda RM10,000 untuk setiap pirated copy yang anda buat). Finally, jika anda dari kalangan mereka yang agak mampu atau anda betul-betul serius dengan kerjaya atau hobi anda yang melibatkan bidang-bidang yang saya nyatakan diatas, seharusnya anda mempertimbangkan saranan saya untuk menggunakan Mac OS.

Berceloteh panjang lak …. maaf. So, senaraikan kronologi versi Mac OS adalah seperti di bawah :

  1. Public Beta: “Kodiak”
  2. Version 10.0: “Cheetah”
  3. Version 10.1: “Puma”
  4. Version 10.2: “Jaguar”
  5. Version 10.3: “Panther”
  6. Version 10.4: “Tiger”
  7. Version 10.5: “Leopard”
  8. Version 10.6: “Snow Leopard”
  9. Version 10.7: “Lion”
  10. Version 10.8: “Mountain Lion”
  11. Version 10.9: “Mavericks”
  12. Version 10.10: “Yosemite”
  13. Version 10.11: “El Capitan”

Mudah-mudahan senarai di atas dapat memberi anda sedikit idea jika anda merancang untuk membeli mesin yang dipasang dengan Mac OS.

Selamat mencuba!

 

Check Also

Blogspot VS WordPress

As-salam, Barangkali ramai yang masih berbelah bagi untuk membina web sendiri samada nak menggunakan platform …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>