Masa Yang Berlalu

Peri pentingnya masa tidak dapat disangkal lagi, sedar atau tidak, bulan Muharram 1444 sudah hampir ditinggalkan. Tahun Masehi 2023 juga bakal melambaikan tangan mengakhiri masa yang telah ditetapkan.

Perjalanan masa yang begitu konsisten sering tidak diambil kisah betapa setiap detik yang berlalu bakal menjadi sejarah di dalam perjalanan menemui Pencipta. Dinukilkan di dalam sebuah hadis riwayat Anas bin Malik, sabda Rasulullah s.a.w

 “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api”.

Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita sendiri tidak faham apakah yang disibukkan. Kita di buru masa dan ia berlalu dengan tidak ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam tempoh masa yang sama hanya sedikit agenda yang dapat ditunaikan. Ini adalah salah satu daripada petanda hampirnya kiamat.

Pun begitu, tidak bermaksud kita hanya perlu berpeluk tubuh melihat masa berlalu begitu sahaja. Dengan mengambil pengiktibaran daripada surah Al-Asr, seharusnya kita memperjadual dan meneliti setiap baki masa yg ada. Gunakan masa yg terluang untuk melakukan aktiviti yg berfaedah samada utk diri sendiri, keluarga, rakan taulan ataupun masyarakat.

Kerna kita pasti ditanya “Ke mana masa kita dihabiskan! – Masa Muda mahupun Masa Tua”.

“Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” 

[Hadis riwayat Bukhari]

About codewalker

Check Also

Solatlah Dengan Tenang Dan Berthuma’ninah

Assalam semua, Thuma’nînah dalam solat itu termasuk salah satu rukun solat. Solat tidak dianggap sah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *