Home / Teknologi / Mengenalpasti Aliran Trafik Daripada Smartphone Anda

Mengenalpasti Aliran Trafik Daripada Smartphone Anda

Salam,

Dah lama rasanya tidak update blog ini, biasanya begitulah di penghujung tahun dan awal tahun baru terlalu banyak agenda dan program-program lain yang perlu diberi keutamaan. Rasanya majoriti daripada kita berada dalam dilema keadaan yang sedemikian …

Entri kali ini saya ingin berkontmp1gsi satu app yang saya telah guna sejak daripada tahun lepas. Kebergunaan apps ini tidak dapat disangkal lagi khususnya dalam mengenalpasti aliran trafik – ‘in and out’ daripada smartphone anda. App ini boleh didownload secara percuma daripada Google Play Store. App yang saya maksudkan dikenali sebagai Traffic Monitor Plus.

Kelebihan app ini, anda dapat mengimbas sekali lalu aliran trafik smartphone anda menerusi widget yang dapat diletakkan di muka hadapan/main page smartphone anda. Contoh screen shot widget tersebut seperti di sebelah.

Anda boleh melakukan beberapa setting di peringkat awal penggunaan seperti tarikh mula [billing period] bagi pengiraan aliran trafik berkenaan, misalnya bermula 1 hb. setiap bulan dan jumlah quota yang dibenarkan oleh telco anda untuk aliran data, jumlah sms [masuk dan keluar] dan jumlah masa berbual [incoming & outgoing call]. Jumlah penggunaan data menerusi wifi juga direkodkan. Ciri tambahan lain yang ditawarkan termasuklah kelajuan bandwidth anda, quality coverage dan juga maklumat asas gadget yang anda gunakan. tmp2

Maklumat semasa berkaitan aliran trafik ini dapat dilihat dengan mudah pada paparan widget berkenaan atau anda boleh melihat laporan yang lebih detail menerusi maklumat terkumpul seperti yang direkodkan oleh app berkenaan.

Penggunaannya amat mudah dan user friendly even for beginners!

Selamat mencuba.

Check Also

Mengapa Perlunya Laman Web Mesra Mobile

Jika anda memiliki atau mengendalikan sebarang laman web, pastikan laman web anda bersifat mobile friendly …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>