Home / Kewangan / Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Menjual eBook

Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Menjual eBook

PerniagaanEbookUntuk mereka yang sedang mencari-cari apakah jenis perniagaan yang hendak dilakukan secara online. Menjual ebook merupakan salah satu jenis perniagaan yang sangat popular, majoriti mereka yang menjalankan perniagaan di internet terlibat dengan penjualan ebook.

Ebook ini boleh dibawa dan dibaca di mana-mana, tambahan pula dengan perkembagan smartphone kini, menambahkan lagi populariti ebook. Medium ini diperkembangkan lagi oleh pelbagai pengeluar ebook reader lain seperti Amazon dengan Kindle, Android phone dan tablet – Samsung, HTC, Asus, etc,  iphone/ipad oleh Apple.

Ebook yang dijual ini mencakupi pelbagai bidang seperti pemasaran internet, tutorial perisian komputer, kewangan dan perakaunan, teknologi, perniagaan, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, bahasa, kekeluargaan, politik, kesenian, rujukan, sukan, pelancongan, permainan, fiksyen dan sebagainya.

Jadi tidak hairanlah trend menjual ebook ini menjadi sangat popular, selain daripada ebook tidak ketinggalan jugak produk digital lain yang diniagakan secara online seperti perisian komputer, video training, web template, scripts, etc.

Jika anda memilih untuk menjual ebook, terdapat beberapa jenis lesen yang perlu anda ketahui sebelum anda menjual ebook berkenaan.  Barangkali produk ebook ini dihasilkan sendiri oleh anda atau pun anda perolehi daripada para peniaga lain menerusi lesen yang ditawarkan. Saya akan sentuh lebih lanjut bab lesen ebook ini pada artikel lain nanti.

Pendeknya, anda harus mencuba untuk menjual ebook kerana pasarannya agak luas, modal yang diperlukan sangat rendah dan berbaloi. Perniagaan ebook ini boleh menghasilkan pendapatan pasif kepada anda untuk suatu jangka masa yang munasabah dengan pengorbanan masa yang anda ambil untuk menyiapkannya.

Sekiranya anda tidak menghasilkan ebook sendiri, anda juga boleh menjual ebook dengan mempromosikan ebook orang lain melalui program yang dikenali sebagai affiliate. Kaedah ini adalah cara yang paling mudah dan popular untuk menjana pendapatan online anda, malah ada yang melakukan cara ini secara sepenuh masa!

Tunggu apa lagi, jangan lengah-lengahkan masa anda dengan sikap procrastination yang tidak menguntungkan, ambil tindakan segera untuk mempelajari perniagaan online ini. Bertindak sekarang!

Check Also

Pendapatan Pasif VS Pendapatan Aktif

Mungkin anda pernah mendengar tentang pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Apa agaknya ye ? Saya …

2 comments on “Menjana Pendapatan Sampingan Dengan Menjual eBook

  1. Sebelum nie saya antara yang paling menentang dalam isu2 camnie …
    tapi hari nie dah banyak blogger yg bagi pencerahan atas hal2 camnie..
    terima kasih awak atas penulisan nie…

  2. Isu nie dah makin meluas di bincangkan ..
    terima kasih kepada admin blog nie… artikel
    awak menjelaskan hal nie dengan lebih baik…
    tahniah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>