Home / Motivasi / Menyambung Tugas Selepas Beraya

Menyambung Tugas Selepas Beraya

Puasa6HariSyawalSalam, majoriti daripada kita rata-rata telah kembali bekerja setelah beberapa hari dihabiskan di kampung untuk menyambut Aidilfitri. Lebuhraya dan jem sudah merupakan sesuatu yang sinonim dan selalu diperkatakan terutamanya ketika pulang beraya mahupun sekembali daripada berhari raya.

Dalam keghairahan untuk kembali menjalankan tugas ini, jangan dilupakan ada lagi tawaran daripada Allah s.w.t sebagai bonus tambahan di bulan Syawal ini iaitulah puasa 6 hari sebagai mana hadis riwayat Muslim.

” Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa 6 hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. ” – Riwayat Muslim

Hanya tinggal lebih kurang 2 minggu saja lagi sblm Syawal menutup tirai, jangan tunggu lagi bertindaklah segera untuk merebut peluang ini!

Barangkali masih ramai di kalangan kita yang masih sibuk dengan hari terbuka di sepanjang bulan Syawal ini, tidak salah menghadirinya namun haruslah dilaksanakan dalam suasana yang bersederhana dan tidak berlebih-lebihan kerana Syawal bukanlah bulan untuk membalas dendam nafsu makan, malah jika diturutkan nafsu yang sedemikian, manfaat dan kebaikan daripada Ramadhan sebelum ini pasti hilang kesannya seolah-olah kita tidak melalui tarbiyyah Ramadhan yg sebulan itu!

Akhir sekali jangan lupa jugak kepada saudara-saudara Muslim kita di Syiria, Mesir, Palestin dan Gaza yang kini menghadapi pelbagai ujian dan tekanan terutamannya yang sedang berlaku di Mesir. Mana mungkin Syawal di sana disambut sebagai mana di Malaysia!

Yang termampu kita lakukan, panjatkanlah doa selepas setiap solat fardhu kita, mudah-mudahan Allah s.w.t mendatangkan pertolonganNya dan menghapuskan kezaliman yang sedang berlaku di negara mereka. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

 

 

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>