Home / Motivasi / Merdekakah Anda ?

Merdekakah Anda ?

merdeka3Salam,

Saban tahun kita disogok dengan agenda Hari Kemerdekaan yg sama, sedari kita mengenal/menghafal tarikh keramat ini hinggalah ke saat ini, biarpun berapa usia anda kini yg pastinya sambutan merdeka dibuat seperti tahun-tahun sblmnya. Sama seperti yg dilakukan oleh negara-negara Commonwealth yang lain.

Pernahkan seketika anda berfikir merdekakah saya ? Apa makna kemerdekaan ? Merdeka daripada belenggu penjajah ? Merdeka daripada pemikiran jahiliah dan sekuler ? Merdeka dgn erti kata bebas melakukan apa saja mengikut akal fikiran masing-masing ?

Apa pun taksiran anda, yg jelasnya merdeka yg sebenar adalah merdeka yg dilihat daripada perspektif agama! Dalam Islam, kemerdekaan terkait dengan konsep Ketuhanan Yang Maha Esa [Tauhid]. Manusia, sebagai makhluk tertinggi ciptaan Allah, tidak boleh tunduk kepada sesiapa pun selain daripada Allah.

Sebab, ketundukan ini mengandung makna perendahan. Penghambaan manusia kepada sesama manusia, apatah lagi penghambaan kepada makhluk lain yang lebih rendah, dapat menjatuhkan harga diri manusia dan erti kemanusiaannya. Lebih teruk lagi jika perhambaan ini didorongi oleh hawa nafsu jahat yang diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan kpd Allah s.w.t.

Dalam sudut ini, hanya orang yang bertauhid dapat disebut sebagai orang yang bebas dan merdeka. Ia mampu membebaskan diri daripada pelbagai belenggu yang akan menjauhkan dirinya daripada kebenaran dan daripada kepatuhan kepada Ilahi.

Inilah kemerdekaan sejati yang dibawa dan disebarkan oleh para nabi sepanjang sejarah. Justeru itu, jika anda melaungkan kata-kata merdeka, pastikan jiwa anda bebas dari belenggu kemerdekaan yg dijelmakan oleh syaitan dalam pelbagai bentuk indah kpd merdeka sepertimana yg dianjurkan oleh agama.

Merdeka, merdeka … merdeka. Ayuh bebaskan pemikiran dan jiwa anda dengan panduan dan santunan Al-Quran dan As-Sunnah!

Wallauhualam…

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>