Home / Motivasi / Merebut Kelebihan di Bulan Ramadhan

Merebut Kelebihan di Bulan Ramadhan

As-salam,

Semua orang telah maklum akan kepelbagaian manfaat yang terdapat di dalam bulan Ramadhan, akan tetapi tidak ramai yang bersemangat untuk berebut-rebut mendapatkan tawaran yang disediakan oleh Allah s.w.t. Lebih ramai lagi rasanya rebutan tawaran-tawaran bersempena dengan Aidilfitri oleh pasaraya-pasaraya mewah, gedung-gedung pakaian malahan tawaran pelbagai kuih raya samada oleh pemborong kuih atau individu di tempat kerja anda mahupun agen-agen promosi-promosi menerusi pelbagai media sosial hari ni.

Lazimnya tawaran yang bersifat maknawi tidak selalu diindahkan oleh manusia kerana tidak dizahirkan kelebihan/hakikatnya. Tawaran sebegini hanya dapat dilihat dengan mata hati dan bukan dengan mata zahir. Umumnya, itulah antara ujian Allah kepada manusia. Walaupun di bulan Ramadhan, bulan yang dipermudahkan segalanya ekoran nafsu serakah yang sedang ditekan dan kuncu-kuncunya yang diikat dan dihumbankan ke dasar laut namun keghairahan untuk merebutnya hanya oleh mereka yang mata hatinya dihalakan jauh ke hadapan menerpa alam perpindahan berikutnya selepas alam dunia ini.

Jom kita balikkan kesedaran mata hari tersebut dengan membetulkan kiblatnya menghala ke matlamat yang asal. Senarai kelebihan-kelebihan berikut buat muhasabah diri ini dan juga para sahabat sekelian :

 Ganjaran Pahala Berlipat Kali Ganda 

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah 700 kali ganda. Allah berfirman, ‘sesungguhnya puasa itu adalah untukku dan aku memberikan balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku,” – [ Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ]

 Diampunkan segala dosa yang lalu 

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.” – [ Hadis riwayat An-Nasai’e ]

 Semua pintu-pintu syurga dibuka dan semua pintu-pintu neraka ditutup serapat-rapatnya 

“Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan di tutup semua pintu neraka dan di ikat semua syaitan.” –  [ Hadis riwayat Al-Bukhari dan muslim ]

 Puasa merupakan perisai/benteng daripada api neraka 

“Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka” – [ Hadis riwayat Imam Ahmad ]

 Jauh daripada api neraka 

“Barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun” – Hadis riwayat Al-Bukhari

 Beroleh dua kegembiraan 

“Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, ” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

 Mustajab Doa 

“Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang di zalimi dan doa orang yang musafir” – Hadis riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.

 Beroleh balasan syurga 

“Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorang pun selain mereka memasukinya…” – Hadis riwayat Al-Bukhari

 Malam Lailatul Qadar 

“Malam dimana amal ibadat diberi ganjaran pahala melebihi 1000 bulan! ” Jom kita cari dan berusaha sebaik mungkin untuk dapat beribadah di malam ini yang lazimnya muncul di sepuluh terakhir Ramadhan.

Moga-moga peluang sebegini dapat kita rebut sepenuhnya, jangan biarkan sesaat pun berlalu secara sia-sia di dalam bulan barakah ini. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir kita !

Selamat Beribadah.

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>