Home / Tutorial / Muaturun Video di Youtube

Muaturun Video di Youtube

As-Salam,

Ramai rakan-rakan yang bertanya bagaimana nak ‘download’ video-video yang terdapat di laman web youtube. Terdapat pelbagai jenis video di laman tersebut, boleh jadi anda berminat untuk memuaturun video masakan, resepi, ceramah, video berbentuk dokumentari dan sebagainya.

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memuaturun video-video berkenaan. Jika pc/laptop anda memiliki program  Internet Download Manager, salah satu ciri yang ada pada software ini ialah membolehkan anda mendownload terus dari laman web youtube dari video yang dapat dikesan oleh software berkenaan. Contoh seperti ‘snapshot’ di bawah.

Kaedah yang kedua, menggunakan plug-in atau add-on pada browser berkenaan. Misalnya, dalam contoh di bawah ini saya menggunakan browser Firefox (browser/pelayar ini boleh dimuat turun secara percuma dari laman web rasmi Firefox). Add-ons untuk browser ini boleh di dimuaturun dari Firefox add-ons, di sini, ‘Youtube Video and Audio Downloader’.

Klik ‘Add to FireFox’ button untuk install add-on tersebut. Buka pada mana-mana video dari laman youtube, anda akan lihat, satu button download di bawah video tersebut. Klik button tersebut untuk melihat pilihan format video yang boleh dimuaturun.

YoutubeDownloader1Pilih format MP4 sebagai standard format yang boleh dimainkan di pelbagai gadget dan komputer.

YoutubeDownloader2Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>