Home / Kewangan / Perniagaan Internet

Perniagaan Internet

WorldOnKeyboard1Boleh jadi masih ramai rakan-rakan di luar sana yang ‘skeptical’ tentang perniagaan internet. Berbagai persoalan bermain di fikiran akan kebenaran atau kemampuan internet untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Daripada pelbagai sumber informasi; radio,  helaian akhbar, majalah, tv dan pelbagai lagi corong maklumat.  Sering saja informasi ini dihebahkan sedemikian rupa hingga ada yang bergelar jutawan hanya menerusi urusan yang dibuat di internet. Betulkah ? Boleh percaya ka ? Bukankah sebelum ini terdapat pelbagai berita tentang ‘scam’ di internet.

Persoalan demi persoalan sedemikian rupa bakal menerjah minda newbie yang baru berjinak-jinak dengan internet. Boleh jadi anda merupakan salah seorang yang dilamun persoalan seperti di bawah :

  • Apakah perniagaan internet ini, saya kurang faham?
  • Bagaimana saya hendak memulakan perniagaan internet ini?
  •  Saya tiada idea, apa yang boleh saya jual di internet?
  • Berapakah modal untuk memulakan perniagaan internet ini?
  • Saya telah ada produk, tetapi bolehkah ianya dijual di internet?
  • Bagaimana untuk saya ketahui sesuatu produk atau pasaran itu pasti menguntungkan?
  • Bagaimana untuk memasarkan produk saya melalui internet?
  • Bagaimana untuk menarik pengunjung yang ramai ke laman web perniagaan saya?
  • Bagaimana dan bolehkah saya bersaing dengan perniagaan internet lain yang terlalu banyak?
  • Saya bukan lulusan IT, boleh ke saya buat bisness internet ini?
  • Saya tidak tahu langsung cara membina laman web perniagaan, adakah saya boleh berjaya?
  • Bagaimana untuk membolehkan laman web perniagaan saya menerima pembayaran melalui kad kredit?
  • Bagaimana untuk Automasikan perniagaan internet saya supaya saya tak perlu banyak masa untuk mengendalikannya sebab saya ingin melakukannya secara ‘part time’ sahaja.

Sebenarnya, semua orang berpeluang menjana pendapatan yang selesa menerusi internet, apa yang penting ialah ilmu dan pelaksanaan yg betul. Peringkat pertama untuk menguasai kaedah menjana pendapatan menerusi internet ialah dengan menguasai pengetahuan asas yg wajib di samping memiliki sikap yang betul tentang perniagaan internet.

Saya akan kupas dengan lebih lanjut keperluan menguasai pengetahuan asas dan mempraktikan sikap yang betul untuk berjaya di dalam perniagaan internet ini dalam entri-entri yang akan datang.

Check Also

Pendapatan Pasif VS Pendapatan Aktif

Mungkin anda pernah mendengar tentang pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Apa agaknya ye ? Saya …

2 comments on “Perniagaan Internet

  1. Baru semalam famili saya bincang pasal hal nie…
    hari nie jumpa blog awak… terima kasih atas penerangan nie…

    • Sama-samalah kita belajar, rasanya dalam keadaan ekonomi skrg, perniagaan internet ni sepatutnya dah jadi keperluan dan bukan lagi pilihan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>