Home / Kewangan / UPLR, PLR, MRR, RR dan PU

UPLR, PLR, MRR, RR dan PU

PLREbooksKalau dalam entri yang sebelum ini saya ada menyentuh tentang perniagaan ebook. Artikel kali ini saya nak bercakap pula tentang lesen untuk menjual ebook ini. Mungkin ada yang nak tanya, kena ada lesen jugak ke nak jual ebook ni ?

Jawapannya …ya kerana ebook ini termasuk dalam “intelectual property” yang memerlukan lesen sebelum boleh digunakan. Tajuk entri merupakan singkatan daripada jenis-jenis lesen tersebut. Saya ringkaskan seperti di bawah :-

  • PLR – Private Label Rights
  • UPLR – Unrestricted Private Label Rights
  • MRR – Master Resell Rights
  • RR – Resell Rights
  • PU – Personal Use

Lesen PLR

  1. Lesen jenis ini membenarkan produk digital dijual semula dan anda menyimpan 100% keuntungan daripada jualan tersebut seolah-oleh produk tersebut milik anda.
  2. Anda boleh menyertakan lesen MRR, RR atau PU dalam jualan produk tersebut. Untuk menjual semula dengan lesen PLR mungkin anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik asal produk tersebut.
  3. Anda dibenarkan untuk mengubah suai produk mengikut citarasa anda. Biasanya lesen PLR tidak membenarkan anda memberi percuma produk ini kepada pelanggan-pelanggan anda. Syarat terperinci apa yang boleh dan tidak boleh [do and dont’s] anda lakukan dengan produk ini boleh dilihat di dalam lesen yang disertakan semasa pembelian.

Lesen MRR

  1. Jenis lesen kedua ini juga membenarkan anda untuk menjual semula produk digital tersebut dan menyimpan 100% keuntungan. Dengan memegang lesen ini, anda hanya boleh menjual produk tersebut dengan membekalkan lesen RR atau PU sahaja.
  2. Anda tidak dibenarkan mengubah nama produk atau menukar nama penulis/penerbit asal produk tersebut.
  3. Anda juga dilarang mengubah reka bentuk laman web jualan, ecover dan banner. Pendeknya, anda hanya boleh menjual produk ini dengan mengekalkan design asal produk tersebut dari semua sudut.

Lesen RR

  1. Produk dengan lesen jenis ini memberi hak jual semula tanpa boleh memindahkan apa jua bentuk lesen jualan kepada pelanggan masing-masing. Anda perlu mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh tuan punya produk.
  2. Anda tidak dibenarkan menukar nama produk kepada nama lain termasuk juga dilarang menukar nama pemilik produk tersebut. Anda hanyalah diberi hak menjual semula produk tersebut. Dengan erti kata lain, pelanggan anda hanya menerima hak kegunaan peribadi [PU – Personal Use].
  3. Anda juga dilarang mengubah laman web jualan, ecover, banner yang datang bersama dengan produk tersebut. Walau bagaimana pun 100% keuntungan daripada jualan masih hak milik anda.

Lesen UPLR

  1. Ini merupakan lesen tahap tertinggi yang memberi hak kepada pembeli untuk melakukan apa saja kepada produk digital tersebut.
  2. Anda boleh menjual semula produk tersebut di samping itu juga boleh menjual lesen yang berstatus PLR, MRR dan RR kepada pelanggan anda.
  3. Anda boleh mengubah design laman web jualan, ecover, banner malah boleh menjenama semula produk tersebut mengikut citarasa anda. Bahasa mudahnya, anda boleh lakukan apa saja seolah-olah produk tersebut adalah produk ciptaan anda sendiri.

Analogi mudah hirarki lesen-lesen ini boleh dilihat dalam illustrasi di bawah.

Mungkin sebelum ini anda berpendapat agak susah hendak menyediakan satu produk digital yang boleh anda jual tetapi dengan memahami pelbagai jenis lesen yang didatangkan dengan pembelian produk digital, rasanya anda sudah memiliki idea bagaimana anda juga dapat mengambil bahagian untuk menjual produk-produk digital di pasaran Malaysia ini. Malah idea ini boleh dikembangkan di peringkat global yang sudah tentu memiliki pasaran yang lebih luas.

Tepuk dada, tanya semangat anda. Adakah anda hanya akan tengok dan duduk sahaja mengadap laptop/pc/tablet semata-mata ?

Check Also

Pendapatan Pasif VS Pendapatan Aktif

Mungkin anda pernah mendengar tentang pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Apa agaknya ye ? Saya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>