Home / Motivasi / Puasa Ramadhan vs Puasa Enam Hari Syawal

Puasa Ramadhan vs Puasa Enam Hari Syawal

As-Salam,

PuasaEnamMasih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada para pengunjung blog ini khususnya yang beragama Islam. Telah dua minggu hari raya berlalu, pastinya sahabat-sahabat sekelian sibuk memenuhi undangan ‘Rumah Terbuka’, kalau tidak pun meneruskan aktiviti ziarah ke rumah adik beradik atau rakan-rakan yang masih belum dikunjungi.

Pendek kata, ‘ziarah dan makan’ ini merupakan sesuatu yang sinonim dengan kehadiran Syawal. Namun, lanjutan aktiviti puasa yang dituntut dilakukan di dalam bulan Syawal ini ialah menambah enam hari puasa sebagai tambahan yang memungkin kita mendapat pahala seperti berpuasa selama satu tahun.

Realitinya puasa Ramadhan rasanya lebih mudah dilaksanakan kerana pelbagai ganjaran dan kelebihan yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t untuk memberi kesempatan kepada umat Muhammad merebut semua peluang-peluang yang telah disediakan. Berbeza dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, sekalipun puasa tersebut hanyalah puasa sunat, pelaksanaannya jauh lebih teruji berbanding Ramadhan. Oleh sebab itulah ganjaran yang disediakan juga hebat.

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim.

Jangan sampai memenuhi pelbagai undangan makan menyebabkan kita tertinggal untuk berpuasa sunat 6 hari di dalam bulan Syawal ini. Logiknya, di bulan Ramadhan disebabkan ramai atau rata-rata orang berpuasa, keadaan puasa itu sudah menjadi satu kebiasaan dan merupakan keganjilan pulak sekiranya ada yang hendak makan di siang hari sedangkan semua orang berpuasa, berbeza dengan puasa 6, tidak semua orang mengerjakannya malah kalau yang berpuasa pun adalah mengikut pilihan hari masing-masing yang bukan mengikut ketetapan atau urutan yang biasa. Disebabkan faktor inilah ramai yang akhir kecundang untuk meneruskan puasa 6 ini. Tambahan dengan ‘godaan syaitan’ yang telah terlepas dari tambatan di bulan Ramadhan.

Mudah-mudahn kita semua diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk menentang godaan ini dan seterusnya melaksanakan puasa sunat ini sebagai tambahan daripada puasa Ramadhan yang lalu. Puasa adalah perisai orang mukmin untuk menentang gejala maksiat yang bakal dilakukannya dan merupakan perisainya daripada api neraka di akhirat kelak.

“Mahukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai,…” – Hadith Riwayat Tirmidzi

Saya mengucapkan sekali lagi “Selamat Hari Raya Eidul Fitri” dan selamat mengerjakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal dengan harapan moga-moga kelebihan yang dijanjikan dalam genggaman.

Allahu Akbar [3x].

 

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>