Home / Motivasi / Ramadhan – Antara Melayani dan Mengekangi Nafsu

Ramadhan – Antara Melayani dan Mengekangi Nafsu

nafsu-ramadhanBulan puasa bukanlah bulan menjamu selera! malah kita dituntut untuk bersederhana di dalam soal makan dan minum. Sepatutnya, budget yang digunakan di dalam bulan Ramadhan jauh lebih rendah berbanding bulan-bulan yang lain.

Jika berlaku sebaliknya, pastinya kita telah berbelanja lebih untuk menjamu nafsu makan kita sekaligus mengurangkan tujuan asal berpuasa. Harus diingat, jika kita tidak berada dlm kerangka matlamat ini berkemungkinan puasa kita adalah sekadar lapar dan dahaga.

 

“Ramai orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja”
 [Hadis Riwayat Ibn Majah – Hasan Sahih]

 

Tujuan asal berpuasa untuk mengekang hawa nafsu boleh jadi tersasar dek tidak menyedari atau memahami tuntutan rohani atau konsep berpuasa itu sendiri. Berpuasa yang sepatutnya menjadi ibadah terbaik di dalam bulan yang terbaik, bakal melahirkan manusia terbaik selepas melalui tarbiyyah dalam madrasah Ramadhan akhir natijahnya tidak demikian – bukan puasa sebagai ibadah sebaliknya puasa sekadar adat. Rugilah kita jika saban tahun, inilah hadiah yang kita bawa selepas tamatnya Ramadhan.

Puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, malah seluruh anggota badan juga mesti berpuasa. Mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan juga anggota-anggota badan yang lain harus mampu dikawal mengikut tuntutan puasa tersebut, tidak dibiarkan anggota-anggota tadi sewenang-wenangnya seperti hari-hari di luar Ramadhan. Itulah tanggungjawab yang harus dipikul oleh insan yang memasuki madrasah Ramadhan.

Walau bagaimana pun, kita bermohon kepada Allah s.w.t, mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah ini seperti yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w.

Rebutlah peluang yang ada setahun hanya sebulan ini bagi melakukan perubahan daripada yang kurang baik dalam apa jua sudut kepada yang lebih baik. Inilah masa terbaik tatkala nafsu ditekan, minda dan jiwa dibersihkan, segalanya mudah untuk dilakukan.

Salam perubahan dan selamat beribadah.

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>