Home / Motivasi / Salam Aidilfitri 1413

Salam Aidilfitri 1413

SalamLebaran2013Salam, Ramadhan bakal menghilang apabila tiba masanya, Syawal bakal mengambil alih perjalanan untuk ke bulan seterusnya. Di sepuluh yang akhir ini bertuahlah mereka yang dapat memanfaat sepenuhnya siang dan malam untuk beribadah kepada Allah dan berusaha mencari malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, Al-Qadar.

Peluang sebegini tidak akan ditemui di mana-mana bulan yang lain. Lantas, jika anda berkesempatan rebutlah sedikit daripada masa berharga anda untuk mengambil manfaat yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Ramadhan, datangmu dinanti, permergianmu pasti ditangisi. Syawal yang bakal menjelang diharap tidak membatalkan tarbiyaah yang diterima di bulan Ramadhan dengan makan dan minum yang berlebihan dan tidak terkawal. Jangan jadikan ia bulan membalas dendam setelah sebulan mengawal nafsu daripada pelbagai aktiviti rutin yang kadangkala tidak sepatutnya dilakukan.

Jernihkan hati dan jiwamu untuk membawa kesan tarbiyyah Ramadhan ini ke bulan-bulan seterusnya, moga-moga Ramadhan yang dilalui kali ini membawa anda kepada kebaikan dunia dan akhirat. Kembalikan jiwa anda kepada fitrah dengan menjadikan Ramadhan ini lebih bernilai menerusi penghayatan untuk kembali tunduk patuh menyerah diri kepada Allah s.w.t.

Jangan lupa tunaikan zakat fitrah anda sebelum pulang beraya ke kampung. Pastikan kesihatan anda dan kesihatan kenderaan anda dalam keadaan terbaik untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sekali lagi kepada pengunjung blog ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir dan Batin.

Jom layan nasyid Ramadhan daripada Maher Zain.

Salam lebaran 1434H.

 

 

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>