Home / Teknologi / Salam Browser – Patuh Syariah

Salam Browser – Patuh Syariah

As-salam,

Salam Browser merupakan browser atau pelayar web baru yang dihasilkan daripada teknologi chromium. Browser baru ini dikemaskini dengan kemampuan menapis bahan-bahan web yang tidak selari dengan ajaran Islam atau lebih mesra adab yang memberi kelegaan khususnya kepada para pelayar web muslim atau ibu bapa yang ingin memastikan kandungan web yang dilayari anak-anak mereka adalah lebih selamat, beradap dan menghormati nilai-nilai murni agama Islam.

salambrowser2Majoriti pengguna Internet telah sedia maklum, sebahagian besar daripada kandungan laman web dunia adalah daripada sumber-sumber yang kurang beretika seperti laman-laman web porno, lucah, 18++, perjudian, keganasan, ancaman, iklan-iklan yang diluar batasan/spam, phishing dan yang seumpamanya. Maklumat sebegini tidak sesuai didedahkan kepada anak-anak kecil, remaja mahupun orang dewasa yang mementingkan kermurnian dan ingin mencegah apa jua bahan maklumat yang menjurus kepada kancah maksiat. Untuk tujuan inilah, maka Salam Browser dihasilkan.

Salam Browser juga turut memaparkan hadis pada halaman tab yang baru dibuka. Hadis ini dipaparkan secara rawak yang rata-ratanya dari sumber Al-Bukhari, Muslim, An-Nasaie, Ibnu Majah, etc.

Umumnya, ciri yang terdapat pada Salam Browser adalah lebih kurang sama dengan Google Chrome kerana kedua-duanya dibina daripada teknologi yang sama. Bezanya, Salam Browser dilengkapi dengan add-on/extension untuk menapis laman-laman web yang tidak mematuhi syariah. Para pengguna juga diberi peluang bekerjasama untuk menyenaraikan-hitamkan laman-laman web yang non-syariah-compliance ini dengan menghantar maklumat tersebut terus kepada developer browser berkenaan.

salambrowser1Setakat ini, lebih 1.4 juta laman web telah dihalang/disenarai-hitamkan daripada dipaparkan menerusi browser ini. Suatu ciri yang bersifat parental control dan sangat sesuai digunakan oleh anak-anak kita untuk melayari laman web. Salam Browser juga dilengkapi dengan VPN percuma untuk melindungi keselamatan data anda disamping dapat mengatasi kekangan sesetengah laman web yang berfungsi berdasarkan geo-location.

Saya sarankan anda mencuba browser ini yang setakat ini hanya boleh dipasang pada mesin yang menggunakan Windows-OS. Boleh download Salam Browser pada pautan di bawah.

Muat Turun Salam Browser

Selamat mencuba!

Check Also

Blogspot VS WordPress

As-salam, Barangkali ramai yang masih berbelah bagi untuk membina web sendiri samada nak menggunakan platform …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>