Home / Motivasi / Selamat Hari Raya Eid 2016/1437H

Selamat Hari Raya Eid 2016/1437H

As-salam,

Di kesempatan yang ada bersempena dengan kehadiran Syawal ini, saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat handai/rakan taulan/ dan sesiapa saja yang mengenali dan dikenali dengan ucapan Selamat Menyambut Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Rasanya yang paling gembira di kala ini ialah anak-anak kecil, kita menggalas tugas yang pernah dipikul oleh ayah dan bonda semasa kita sezaman dengan anak-anak kita. Begitu cepat pusingan roda kehidupan …. kini giliran kita pula.

Hidup meniti usia ini terasa sangat bernilai bila mana menjengah kembali pengalaman dalam beberapa dekat yang telah berlalu. Setiap detik harus diteliti dan dikira, berapa banyak modal masa yang telah dibazirkan dan kapan cukupkah modal yang berbaki ? untuk ditebus dalam rangka mentaati Allah dan Rasul.

Mudah-mudah kita ingat akan firman Allah di dalam surah Al-Asr [Ayat 1-3] :

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Apa kita praktikkan dan perolehi di dalam madrasah Ramadhan, cuba kita usahakan untuk membawanya bersama di luar bulan Ramadhan di kesebelas bulan yang lain. Moga kita diberi kekuatan untuk melaksanakan, walaupun tidak kesemua, paling kurang beberapa siri amalan sebagai bekal dan natijah daripada tarbiyyah Ramadhan tahun ini.

Untuk yang pulang beraya, berhati-hati memandu dan pastikan anda menyelesaikan terlebih dahulu zakat fitrah di tempat anda mencari rezeki.

Untuk mereka yang selalu memberikan duit raya kepada ibu, ayah, sanak saudara, jiran-jiran dsbnya. Tahun ini, eloklah diubah sedikit budaya tersebut yang diamalkan biasanya di pagi hari raya, 1 Syawal. Kali ini kita biasakan bersedekah di dalam bulan Ramadhan dengan mengambil manfaat daripada ganjaran pahala dan keberkatan yang ada di bulan ini.

Salam Eid 2016/1437H.

 

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>