Home / Motivasi / Selamat Hariraya Fitrah 1432H

Selamat Hariraya Fitrah 1432H

motoaccident

Salam,

Alhamdulillah, syukur kpd Allah kerana masih diberi kekuatan kpd jari jemari ini untuk mengetuk keyboard buat mencoret sepatah dua kata di laman blog JBL ini. Coretan ini merupakan entri yang pertama di blog ini slps mengambil beberapa waktu untuk disiapkan blog yang tidak seberapa ini.

Sudah seminggu lbh saya terceruk di rumah slps mengalami accident sewaktu pulang bekerja 3 hari sblm aidilfitri. Dalam keadaan hujan dan suasana lalulintas yg tergendala waktu itu, pelbagai ragam manusia yg berpusu-pusu di jalan raya untuk pulang dari kerja mahupun bergegas untuk berbuka puasa. Tidak ketinggalan juga ada yg telah bertolak kembali ke kampung halaman utk merayakan aidilfitri yg bakal kunjung tiba.

Dalam kekalutan tersebut, malang tidak berbau. Saya telah terlibat dlm kemalangan di hadapan Masjid Seberang Jaya. Kejadian yg membabitkan rakan sekerja berlaku begitu pantas,  sedar2 kami berdua telah berada di atas jalanraya dgn sedikit kecederaan especially pada bahagian lutut. Hujan yg turun menimpa luka terasa amat pedih sgt. “Sabar ini bulan puasa, inilah tujuan berpuasa”  kata2 motivasi yg terngiang2 di telinga sewaktu kejadian.

Mujurlah ketika itu, masih terdapat insan berhati mulia yg sudi menghulurkan bantuan walaupun masing2 berkejar memenuhi matlamat di kala waktu berbuka. Sebuah lori Angkatan berhenti di depan kami utk menghalang laluan kenderaan lain drp merempuh kami yg ketika itu terduduk di jalanraya. Dgn bantuan drp insan2 ini kami dipapah menaiki lori tersebut sementara menunggu hujan reda dan ambulan drp Hospital Seberang Jaya.

Masih terbayang di mata, keikhlasan mereka ketika itu. Pertolongan dari Allah disalurkan menerusi insan2 ini. Apatah lagi semuanya dlm keadaan berpuasa. Hanya Allah yg mampu membalas segalanya.

Hampir 4 jam lebih kami berada di Hospital Seberang Jaya sblm dibenarkan pulang. Alhamdulillah kecederaan kami tidak melibatkan patah mana2 bhgn tulang. Cuma kecederaan luaran yg mengambil sedikit masa untuk pulih.

Sembahyang pula terpaksa mengikut kaedah sembahyang orang sakit (blh jadi duduk, baring atau dengan hanya kerdipan mata mengikut keadaan sakitnya). Wudhuk pastinya terpaksa bertayammum kerana ada bahagian dari anggota wudhuk yg tidak blh dibasahi air. Tatkala itulah teringat pula hadis nabi yang diriwayatkan oleh Imam Hakim dalam kitab al-Mustadrak.

Manfaat 5 Kesempatan Sblm Datang 5 Kesempitan

  • Manfaatkan masa hidupmu sebelum datang matimu.!
  • Manfaatkan masa mudamu sebelum datang masa tuamu!
  • Manfaatkan masa sehatmu sblm datang masa sakitmu!
  • Manfaatkan masa kayamu sebelum datang masa miskinmu.
  • Manfaatkan masa luangmu sblm datang masa sempitmu.

Baki puasa yg tinggal tetap diteruskan, kesakitan yg sedikit ini tidak menjadi penghalang untuk menyelesaikan ibadah puasa ini sesempurna yg blh. Jelas sekali bahawa hari raya kali ini bakal kosong dari menghadiri solat aidilfitri, apatah lagi mendengar khutbah mengakhiri kemenangan berpuasa.

Yang pastinya setiap ketentuan Allah mempunyai hikmah yg tersendiri, kita hanya perlu berfikir, berfikir dan berfikir untuk mengambil iktibar dari kejadian yang telah berlaku. Suratan Allah pasti mengatasi segala perancangan/persediaan makhluk. Tetap teguhlah dgn rahmat Allah kerana di hujung setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Salam kejayaan dunia dan akhirat. Selamat Menyambut Aidilfitri 1432H, mohon kemaafan drp segala kelemahan yg ada.

Sharudin | Admin JBL

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>