Home / Motivasi / Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1437H

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1437H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini umat Islam seluruh dunia mulai berpuasa sempena Ramadhan 1437H. Bulan barakah ini disediakan oleh Allah s.w.t untuk memberi peluang kepada umat Muhammad yang umurnya singkat ini untuk berlumba-lumba membersihkan diri, memohon keampunan Allah dan melipatgandakan ibadah berbanding daripada bulan-bulan biasa. Ganjarannya sudah pasti hebat sebagaimana dijanjikan Allah dalam hadis Qudsi  :-

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia ( orang yang berpuasa ) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.”

[  Hadis Qudsi Riwayat Muslim ]

Oleh itu para sahabat sekelian, jangan lepaskan peluang besar ini, boleh jadi Ramadhan ini merupakan Ramadhan terakhir kita – who knows! Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bersungguh-sungguh mengisi bulan ini dengan ibadah yang sepatutnya mungkin sedikit sebanyak bakal menyelamatkan kita di alam sana.

Antara points yang boleh saya rumuskan di permulaan Ramadhan ini ialah :

  1. Niat – perbetulkan niat kita memasuki Ramadhan semata2 untuk mencari redha Allah, kerana Allah dan bukan puasa ikut-ikutan atau puasa tradisi.
  2. Fikh Ramadhan – perbetulkan kefahaman fikah Ramadhan, jangan setakat memasuki Ramadhan dengan sekadar ilmu yang kita pelajari di sekolah 10, 20 tahun yang lalu. Perbaharui ilmu tersebut dalam bentuk yang lebih hadam dan praktikal dan bukan bersandar kepada teori semata-mata.
  3. Banyakkan bersedekah – sesungguhnya bersedekah di bulan ini bakal menjadikan anda seorang jutawan di akhirat kelak. Lakukannya seikhlas mungkin kerana Allah s.w.t.
  4. Banyakkan membaca Al-Quran – sebolehnya merancang untuk mengkhatam bacaan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan ini dan niatkan kiranya adanya pahala di sisi Allah untuk disedekahkan kepada kedua ibu bapa khususnya yang telah tiada. Disamping membaca, mentadabur ayat-ayat suci Al-Quran juga penting dengan memahami makna dan tuntutan ayat-ayat tersebut. Mudah-mudahan ditambah ilmu kefahaman Al-Quran dan seterusnya memohon kepada Allah untuk diberi kekuatan untuk melaksanakannya.
  5. Banyakkan berdoa – terutamanya pada waktu-waktu mustajab doa iaitu ketika berbuka puasa, selepas solat fardhu dan juga ketika bangun untuk Qiyamullail – mintalah apa yang anda inginkan.

Saya doakan moga-moga sahabat sekelian mendapat manfaat yang besar di dunia mahupun di akhirat tatkala memasuki Madrasah Ramadhan ini.

Selamat Berpuasa | Ramadhan 1437H.

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>