Home / Kewangan / Simpanan Syariah di KWSP

Simpanan Syariah di KWSP

As-salam,

Hari ini semua kaunter-kaunter di KWSP dibuka untuk pendaftaran Simpanan Syariah yang memberi peluang kepada pencarum/ahli KWSP yang beragama Islam untuk memindahkan simpanan/caruman mereka ke akaun yang diuruskan untuk pelaburan secara syarie (diurus dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah). Namun demikian, pendaftaran ini juga dibuka kepada semua ahli tanpa mengira bangsa/agama dan status warganegara.

Dana yang diperuntukan untuk tahun 2017 adalah sebanyak 100 billion dan untuk melayakkan ahli berada di dalam dana, pencarum mestilah mendaftar untuk pertukaran ke akaun simpanan syariah selewat-lewatnya pada 23 Disember 2016. Mana-mana ahli yang telah mendaftar akan menerima notis/makluman menerusi SMS dlm tempoh 7 hari sebelum tarikh penguatkuasaan.

Bagaimana cara hendak mendaftar ? Mudah saja ..

  1. Bawa bersama anda MyKad / Passport (yang bukan warganegara).
  2. Hadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan dan menurunkan cap ibu jari untuk tujuan pengesahan.
  3. Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan.

Kadar dividen yang diisytiharkan bagi Simpanan Syariah adalah bergantung kepada prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diurus dan dilaburkan oleh KWSP. Simpanan syariah anda diperakukan oleh JKPS (Jawatankuasa Penasihat Syariah).

Siapakah Ahli JKPS KWSP ?

Mereka dianggotai oleh orang yang berkelayakan dalam bidang Syariah dan mempunyai pengetahuan/pengalaman dalam bidang perbankan dan syariah, kewangan, undang-undang dan disiplin yang berkaitan. Buat masa sekarang keahlian mereka adalah seperti di bawah :

JKPS-kwsp

 

 

Ayuh, jom ubah pelaburan di KWSP anda daripada pelaburan bersifat konvensional kepada pelaburan yang patuh syariah. Usaha untuk membersihkan simpanan hari tua kita ini patut dipandang serius sesuai dengan sabda nabi :

Sesungguhnya daging yang dibesarkan daripada sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih utama untuknya. [HR At-Tabrani]

tambahan pula kita kini berada di dalam zaman materialisme dan ketandusan rohani yang kurang memberi perhatian kepada soal halal dan haram sesuai dengan hadis daripada Abu Hurairah r.a.

Akan datang  suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram.    [HR An-Nasa’i]

mudah-mudahan dengan tindakan kita untuk memilih kaedah pelaburan yang syarie ini mendapat redha Allah dan sekaligus membersihkan hasil dividen tersebut daripada sumber yang haram.

Maklumat lanjut / FAQ boleh diperolehi di url di bawah.

Maklumat Lanjut / FAQ Simpanan Syariah KWSO

 

Go Halal & Syarie!

Check Also

UPLR, PLR, MRR, RR dan PU

Kalau dalam entri yang sebelum ini saya ada menyentuh tentang perniagaan ebook. Artikel kali ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>