Home / Kewangan / Tapak Hosting

Tapak Hosting

linux-vs-windowsKalau nama domain diibaratkan seperti nama kedai, tapak hosting pula boleh disamakan dengan tapak kedai atau tapak perniagaan. Jadi, antara nama domain dan tapak hosting merupakan dua istilah yang saling berkait rapat dengan pembangunan website/perniagaan secara online.

Analoginya, dlm perniagaan offline pastinya nama kedai anda yang menarik akan diletakan di tapak perniagaan anda, dipamerkan di tempat yang paling strategik supaya mudah dikenal pasti oleh pelanggan anda. Begitu juga dengan perniagaan online, nama domain yang sesuai memerlukan tapak hosting yang sesuai dengan jenis perniagaan yang akan anda jalankan.

Terdapat 2 jenis platform hosting yang popular iaitu Linux Hosting dan Windows Hosting. Kebiasaannya Windows Hosting adlh lebih mahal berbanding Linux kerana Licence Windows yang dikenakan oleh Microsoft. Berbeza dengan Linux yang menggunakan ‘open source’ softwares yang ternyata berkali-kali lbh rendah kosnya dan lebih stabil. Malah majority server hosting di dunia ini menggunakan platform Linux berbanding Windows.

Platform mana yang sewajarnya anda pilih ? Bergantung kepada program/applikasi apa yang anda hendak pasang/install di server berkenaan. Sesetengah program memerlukan platform windows untuk berfungsi. Umumnya kebanyakan peniaga internet menggunakan platform Linux kerana terdapat pelbagai softwares dlm bentuk ‘open source’ yang mencakupi keperluan perniagaan mereka. Misalnya, utk blog admin ini saya sendiri menggunakan ‘open source blogging software’ yang sangat popular iaitu WordPress.

Check Also

Pendapatan Pasif VS Pendapatan Aktif

Mungkin anda pernah mendengar tentang pendapatan aktif dan pendapatan pasif. Apa agaknya ye ? Saya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>