Home / Motivasi / Tazkirah Ramadhan | Tentang Rezeki

Tazkirah Ramadhan | Tentang Rezeki

As-salam,

Allah mengambil atau tarik rezeki dari kita dengan bermacam-macam cara. Tayar motor pancit, kereta rosak, duit dicuri orang,  ditipu kerana join bisnes itu ini,  ditipu join skim itu ini, dan lain-lain lagi. Itulah sebab-sebab rezeki ditarik yang hakikatnya ialah Allah yang menariknya dari kita.

Kadangkala kita berfikir soal rezeki dengan secara tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita merasa resah melihat orang lain.

Ingatlah bahawa REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

Kadang-kadang kita lupa..
1. Dapat mengerjakan solat adalah rezeki
2. Dapat luangkan masa menuntut ilmu agama adalah rezeki
3. Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
4. Dapat kawan-kawan tempat kerja yang baik pun rezeki..
5. Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
6. Kerja tak pressure pun rezeki..
7. Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..
Jom fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..
1. Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
2. Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
3. Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
4. Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
5. Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki itu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi terletak di tangan Allah.

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>