3 Hakikat Di Dalam Satu Ayat

Assalamualaikum,

1. Ayat ini sangat indah. Allah mengungkapkan tiga hakikat penting dalam satu ayat sahaja. Hakikat yang pertama adalah semua kita pasti akan mati. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan hakikat ini. Tiada manusia yang akan hidup kekal.

2. Hakikat kedua ialah tentang definisi kejayaan di sisi Allah. Apabila Allah menjelaskan bahawa kita semua akan binasa, Allah berikan kita panduan bahawa mereka yang berjaya adalah mereka yang berusaha mengelakkan diri dari diazab oleh Allah dalam neraka.

3. Manakala hakikat yang ketiga adalah, dunia ini hanyalah tipu daya yang nyata. Hanya jiwa yang sejahtera yang akan terselamat dari helah kemilau dunia. Golongan inilah yang mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

About codewalker

Check Also

Senyumlah Sikit Kawan … Senyum Kan Sedekah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ لِى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *