Proses Pendaftaran dan Verification
Anda mungkin telah mendapat sedikit gambaran apa itu kripto di bahagian pertama siri ini. Dalam bahagian yang kedua ini, saya ingin menerangkan bagaimana untuk berjual-beli kripto? Sama seperti jual beli saham yang memerlukan platform tertentu untuk menjalankan urusniaga tersebut, misalnya di Malaysia kita ada Bursa Malaysia sebagai tempat untuk berjual beli saham atau di US kita ada NYSE (New York Stock Exchange) dan platform sebegini ada di mana-mana negara di dunia.
Sama halnya seperti Kripto, juga memerlukan platform untuk berjual beli. Kalau di Malaysia, kita ada beberapa platform yang diiktiraf oleh SC (Security Commisionaire) sebagai sah/legal untuk menjalankan aktiviti berkenaan. Antaranya ialah Luno, MX Global, Sinergy dan Tokenize. Anda boleh semak DAX yang dilesenkan di Malaysia ini di https://www.sc.com.my/digital-assets
Pastikan anda simpan link tersebut sebagai semakan, kerana platform-platform ini sajalah yang berdaftar dan sah di Malaysia. Platform-platform lain yang tidak diiktiraf mungkin akan memberikan risiko yang tinggi dan buruk kepada pelaburan anda. Pastikan platform tersebut sahih dan beroperasi dengan lesen yang sah! Setiap platform-platform tersebut memiliki pro and consnya masing-masing. Tapi yang popular di Malaysia ialah platform Luno.
Jadi, dalam artikel ringkas ini, saya akan menggunakan platform Luno sebagai contoh kerana saya sendiri memiliki akaun di platform ini. Langkah pertama ialah dengan mendownload app Luno di playstore – Luno. Ia merupakan platform yang selamat dan mudah digunakan untuk melabur di dalam kripto secara berhemah. Aplikasi ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan mematuhi undang-undang tempatan.
Sebenarnya, pada masa artikel ini ditulis telah ada lebih daripada 10 juta pengguna Luno di Malaysia ini. Barangkali anda mungkin sedikit terkejut kerana baru mendapat pendedahan ini. Nak tahu kenapa ramai yang memilih platform Luno? Berikut adalah sebab-sebabnya :
- Memberikan panduan yang lebih mudah untuk di fahami sama ada di laman web atau versi mobile
- Pembelian minimum- boleh mula trading serendah RM10!
- Guna FPX je untuk deposit dan boleh terus nikmati dana tersebut dalam akaun anda!
- Lebih terjamin- Storage dilengkapi dengan keselamatan serta prosedur yang canggih dan berlapis
- Luno memastikan para pelabur faham dan mempunyai ilmu kripto dan pelaburan yang cukup sebelum mula melabur. Anda boleh meneroka sendiri, ilmu-ilmu ini di dalam app Luno tersebut.
Dah faham kan … jom kita daftar akaun pula …..
Untuk pendaftaran, klik pada button/link Sign Up (Digalakkan menggunakan telefon). Masukan maklumat yang dikehendaki – email dan password. Tick pada I’m not a robot dan klik button Let’s Go. Atau untuk lebih cepat, anda juga boleh pilih untuk mendaftar menggunakan akaun media sosial yang sedia ada, terletak di bahagian bawah sekali, iaitu akaun-akaun di Google, FB atau Apple ATAU jika anda ingin mendaftar menerusi link yang diberikan oleh luno kepada saya blh klik pada button dibawah. Anda akan menerima RM50 percuma selepas deposit RM250 ke akaun Luno anda sendiri dan mula membeli mana-mana coin yang ditawarkan secara instant buy.
Untuk skrin seterusnya, isikan semua maklumat-maklumat yang diperlukan – nama, no telefon, kad pengenalan berserta gambar, jawap semua soalan-soalan yang berkaitan semasa membuat pendaftaran. Digalakkan mendaftar terus di telefon kerana prosesnya yang lebih pantas, tambahan pula melibatkan proses verification menggunakan kamera dan kemampuan mengaktifkan sekuriti menggunakan cap jari (fingerprint). Sahkan identiti anda di Profile > Setting > Verification.