Memahami Penggunaan Candlestick

Candlestick telah diperkenalkan oleh seorang pedagang beras yang bernama Munehisa Homa. Beliau telah menggunakan candlestick ini untuk membaca pasaran harga beras. Beliau juga telah mengambil empat faktor utama harga iaitu harga buka, harga tutup, harga tertinggi dan harga terendah dalam satu-satu masa. Melalui pengamatan pada data-data lampau maka terbentuklah pattern-pattern harga yang memberi maklumat bahawa harga beras tersebut akan naik ataupun turun.

Untuk mereka yang terlibat dengan pelbagai instrument kewangan, tidak dapat tidak wajiblah memahami cara asas membaca candlestick. Jika anda terlibat dengan jual beli saham, komoditi (gold, silver, kelapa sawit, kopi, koko, minyak mentah, etc), kripto dan sebagainya. Ilmu membaca candlestick ini akan sangat-sangat membantu anda untuk membuat keputusan pelaburan anda. Walaupun masih terdapat tambahan ilmu fundamental lain yang harus dikuasai dan diberi perhatian. Setidak-tidaknya, keyakinan level > 70% sudah blh membantu anda untuk membuat keputusan pembelian atau penjualan dengan lebih baik.

Secara umumnya, analisa pasaran boleh dibuat secara teknikal atau fundamental. Dalam artikel ini, saya akan fokus kepada analisa secara teknikal terlebih dahulu. Analisa ini penting untuk memahami arah pergerakan market samada UPTREND, DOWNTREND, SIDEWAYS.

Apa itu candlestick (CS)?

Candlestick merupakan salah satu cara untuk menceritakan pergerakan harga. Carta candlestick ini sangat popular dan digemari oleh penganalisa teknikal kerana carta ini membolehkan kita menterjemahkan maklumat tentang pergerakan harga dengan cepat.

Komponen Asas Candlestick

Secara amnya, terdapat enam perkara yang terdapat di dalam satu candlestick iaitu:

  1. Open Price – harga buka pada satu-satu timeframe (TF)
  2. Close Price -harga tutup pada satu-satu TF.
  3. High Price – harga tertinggi yang dicapai dalam satu TF.
  4. Low Price – harga terendah yang dicapai dalam satu TF.
  5. Body – momentum pergerakan pasaran yang pada satu arah
  6. Shadow – momentum pasaran yang menghasilkan harga tertinggi dan terendah

Warna pada cs ini biasanya boleh diubah pada bahagian setting program yang digunakan. Kebiasaanya, untuk uptrend/bullish cs – warna hijau digunakan, sebaliknya untuk downtrend/bearish cs – warna merah digunakan.

Contoh pergerakan market UPTREND, DOWNTREND dan SIDEWAYS.

 

About codewalker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *