LHDN – eFiling 2024

Assalam semua,

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bagi mereka yang telah mempunyai PCB (potongan cukai berjadual) di dalam payslip mereka, inilah masanya untuk declare income tuan-tuan sekalian secara online. Prosesnya tak rumit mana pun. Untuk sahabat-sahabat di luar sana yang masih belum tahu apa itu eFiling, eloklah ke laman web LHDN.

Secara amnya, jika anda mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM34,000 dan ke atas atau gaji bulanan RM2,833 ke atas serta ditolak ‘PCB’ dalam slip gaji, anda dikehendaki untuk ‘declare’ cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Anda dah boleh mengisi dan hantar maklumat-maklumat dan dokumen yang diperlukan secara online bermula 1 Mac 2024 yang lalu.

eFiling ini akan mengenalpasti sekiranya anda terlebih bayar cukai untuk tahun taksiran tersebut, LHDN akan refund balik amaun tersebut terus ke akaun bank anda. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengisi borang eFiling ini.

  1. Layari laman web myTax di https://mytax.hasil.gov.my/
  2. Jika anda pengguna kali pertama, daftar terlebih dahulu.
  3. Daftar Sijil Digital
  4. Pilih Menu e-Filing MyTax 2024.
  5. Pilih Borang e-BE
  6. Tandatangan dan Hantar Borang.
  7. Sekiranya ada lebihan setelah tolak pelepasan cukai, terima balik refund lebihan tersebut ke akaun bank anda. Kebiasaannya dalam masa 2 minggu.

Untuk lihat apakah pelepasan cukai individu yang anda dapat untuk tahun taksiran 2023 boleh rujuk infografik di bawah :

 

Jadi, tunggu apa lagi. Jom lakukan sekarang …

About codewalker

Check Also

Kripto | Part 2 – Berdagang di Platform Luno

Proses Pendaftaran dan Verification Anda mungkin telah mendapat sedikit gambaran apa itu kripto di bahagian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *