Panduan Asas Pengurusan Wang

Ilmu pengurusan wang wajib dikuasai oleh mana-mana individu di zaman ini. Namun disebabkan oleh kesibukan pekerjaan/urusan harian, banyak individu terlepas perhatian atau mengambil mudah kemahiran ini.

Ironinya bila anda mengetahui/menguasai asas pengurusan wang berikut, pastinya tidak timbul masalah kesempitan wang.

1. Asas 1 – Belajar bagaimana nak mencari wang.

Sekalipun anda telah bekerja makan gaji, pendapatan tetap setiap bulan ini bukanlah jaminan ia akan berkekalan sampai bila-bila. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jadi memiliki sumber kewangan lain akan membantu anda untuk hidup secara bebas hutang. Anda boleh melakukan overtime atau kerja-kerja partime yang tidak membebankan atau menggunakan terlalu byk masa anda.

2.  Asas 2 – Simpan wang

Pastikan anda menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda setiap bulan. Tetapkan sejumlah wang yang perlu diagihkan ke tabung anda. Sedapat mungkin pastikan anda konsisten dengan jumlah ini atau lebih mengikut kesesuaian.

3.  Asas 3 – Tahu bagaimana menggandakan/membesarkan nilai wang yang anda miliki.

Bahasa mudah untuk asas yang ketiga ini ialah “Pelaburan”. Jika anda hanya simpan kesemua wang anda ke dalam bank, anda masih di tahap kerugian kerana tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan wang anda. Bank hanya memberikan sejumlah kecil dividen kepada pemegang akaun simpanan.  Malah bank itu sendiri mempergunakan/”rolling” wang simpanan pelanggannya untuk meraihkan keuntungan lebih menerusi pelbagai skim/instrument yang ditawarkan oleh bank berkenaan.

Jadi, anda harus bijak membiakan wang anda menerusi aktiviti-aktiviti pelaburan. Apa pula pelaburan ? Boleh jadi anda melabur wang anda di BSKL atau di saham-saham amanah/unit trust/emas dan yang paling baik anda melaburkan dalam perniagaan yang anda mampu kendalikan sesuai dgn minat anda. Lebihan/keuntungan daripada perniagaan anda ini boleh anda gunakan untuk meningkatkan simpanan anda atau menambah aset pemilikan anda.

Kesimpulannya, nampak mcm mudah asas ini namun tidak semua orang mampu melakukannya. Anda perlukan keazaman, kesabaran serta sikap istiqamah untuk memastikan ketiga-tiga asas ini diguna pakai secara beriringan untuk mencapai tahap “Financial Freedom” atau bebas kewangan!

Selamat mengurus wang anda !

About codewalker

Check Also

Kripto | Part 2 – Berdagang di Platform Luno

Proses Pendaftaran dan Verification Anda mungkin telah mendapat sedikit gambaran apa itu kripto di bahagian …