Merancang Belanjawan Anda

Semalam merupakan hari di mana Belanjawan 2013 dibentangkan di Parlimen Malaysia.  Belanjawan Malaysia seperti tahun-tahun sebelumnya dibentangkan dalam unjuran defisit. Apakah makna defisit ini ? Defisit bermaksud belanjawan yang negatif; perbelanjaan melebihi pendapatan atau bermaksud perbelanjaan daripada pinjaman/hutang.  Agak pelik jugak bunyinya ?

Apa pun, itu dari sudut negara atau daripada sudut makro. Laporan terperinci anda blh dapati daripada mana-mana akhbar di Malaysia pada hari berikutnya atau blh download laporan tersebut dari laman web Kementerian Kewangan. Jadi bagaimana anda secara individu pula merancang belanjawan harian/bulanan/tahunan anda ? Mungkinkah anda juga merancang ke arah defisit ?

Belanjawan berhemah adalah belanjawan yang dirancang sesuai dgn kemampuan kewangan anda. Sepatutnya, bila dirancang secara teliti, pastinya tidak akan berlakunya defisit malah anda mampu menyimpan sebahagian drp sumber kewangan anda untuk kegunaan masa hadapan. Boleh jadi dilaburkan semula dlm instrument-instrument kewangan yg menguntungkan atau blh diguna pakai untuk melakukan perniagaan yang insya-Allah boleh meningkatkan jumlah aset anda menerusi keuntungan yang diperolehi.

Yang pastinya untuk merancang belanjawan yg baik memerlukan ilmu pengurusan kewangan yang baik juga, bijak mengenalpasti antara keperluan dan kehendak, merancang perbelanjaan yang dapat diagihkan di sepanjang tahun dan bijak mengawal keinginan nafsu boros anda memungkinkan belanjawan anda termasuk dalam kategori berhemah ini.

Pengetahuan pengurusan kewangan yang baik bukan saja dapat memberi manfaat kpd anda, malah jika disandarkan kepada strategi-strategi tertentu, ia membolehkan anda hidup dalam kebebasan kewangan atau “financial freedom” sebagaimana yang diimpikan oleh kebanyakkan orang.

Selamat merancang belanjawan anda dan pastikannya bukan belanjawan defisit!

About codewalker

Check Also

Kad Debit dan Perbankan Internet

Tidak dinafikan kini perbankan internet merupakan trend yang wajib diketahui oleh anda apatah lagi sekiranya …