Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Awal Muharam merupakan bulan penting bagi kalendar Islam kerana ia adalah permulaan tahun bagi umat Islam di seluruh dunia. Membaca doa hujung tahun hijrah sebelumnya dan di permulaan tahun baru merupakan rutin yang sangat dianjur untuk dilaksanakan oleh umat Islam seluruh dunia.

Berhijrah daripada tahun sebelumnya ke tahun baru dengan nekad untuk lebih baik daripada sebelumnya khusus dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah swt. dan mencari redhaNya di dunia dan di akhirat.

Dengan matlamat tersebutlah kita dianjurkan untuk memohon doa agar usaha tersebut mendapat redha Allah swt.

Antara doa yang disunatkan dibaca pada akhir tahun adalah seperti berikut :

Doa awal tahun yang dianjurkan adalah seperti berikut :

Moga kita semua dalam keadaan sihat dan bersemangat baru sempena tahun baru ini.

Antara yang menarik setiap kali tahun baru tiba untuk direfleksi bersama adalah: 

  1. Rasa syukur atas peluang yang diperolehi sepanjang tahun lepas

    Peluang yang datang kepada kita, adalah peluang yang Tuhan berikan untuk kita menambah baik diri dan melakukan sebanyak mungkin amalan kebaikan. Nikmat kesihatan, nikmat berkeluarga, nikmat kerjaya serta pelbagai nikmat yang kita perolehi. 

    Sudahkah kita memanjat syukur kepada Tuhan atas semua nikmat yang dipinjamkan ini?
     
  2. Harapan untuk hari esok

    Setelah pelbagai ujian yang kita lalui yang sering menjadikan kita putus asa dan tidak lagi ingin berharap. Tapi tahun baru datang membawa kita satu harapan bahawa esok sentiasa ada untuk kita dan Tuhan takkan pernah tinggalkan kita sendiri.

    Dua kali Tuhan sebut di dalam Surah Al-Insyirah, yang bermaksud:

    “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

    dan kata-kata lain, yang juga bermanfaat :
    “Sakit kita sementara, sedih sementara, gembira sementara. Semua akan berlalu. Semua akan berganti”

    Semoga dengan mengingati pesan ini menjadikan kita lebih sederhana dalam menghadapi apa jua perasaan yang sedang dan akan kita rasakan. Kerana akhirnya, semuanya sementara kan. Akan berlalu pergi juga.

About codewalker

Check Also

Masa Yang Berlalu

Peri pentingnya masa tidak dapat disangkal lagi, sedar atau tidak, bulan Muharram 1444 sudah hampir …