Alhamdulillah dividen simpanan Shariah tahun 2023 adalah 5.4%. Manakala simpanan konvensional sebanyak 5.5%. Namun bagi mereka yang inginkan pendapatan halal lagi bersih sahaja, 66% dari jumlah dividen konvensional itu mesti dibersihkan. Ini menjadikan dividen patuh shariah kwsp konvensional yang halal dinikmati hanyalah sebanyak 1.87%. Jika dividen konvensional itu nilainya RM 10,000 maka RM6,600 perlu dibersihkan dan boleh guna wang sedia ada yang bukan simpanan KWSP.
Boleh disalurkan jumlah tersebut kepada faqir miskin atau keperluan awam, diniatkan pembersihan. Boleh mengetahui jumlah dividen terbaru dalam RM melalu KWSP i-akaun.
Pembersihan tidak diperlukan bagi dividen Simpanan Shariah. Justeru wajiblah pencarum Muslim yang masih lebih 70% dalam simpanan konvensional untuk mengubah ke simpanan Shariah, buat masa ini, perubahan mesti dilakukan sendiri oleh pencarum dan tidak secara automatik, dan ia boleh dilakukan dengan mudah melalui i-akaun secara online.
Pelajarilah hal ehwal halal haram dalam pendapatan kita, kehidupan duniawi hanya sementara, jangan kerana RM, kita kesusahan di akhirat yang kekal kelak. Bertukar kepada yang halal sangat berbaloi dan TIDAK AKAN mengundang kemiskinan. Firman Allah swt
وَإِنۡ خِفۡتُمۡ عَیۡلَةࣰ فَسَوۡفَ یُغۡنِیكُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦۤ إِن شَاۤءَۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ حَكِیمࣱ ﴿ ٢٨
..dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Tawbah, Ayah 28)
Jom tukar !