UPLR, PLR, MRR, RR dan PU

Kalau dalam entri yang sebelum ini saya ada menyentuh tentang perniagaan ebook. Artikel kali ini saya nak bercakap pula tentang lesen untuk menjual ebook ini. Mungkin ada yang nak tanya, kena ada lesen jugak ke nak jual ebook ni ?

Jawapannya …ya kerana ebook ini termasuk dalam “intelectual property” yang memerlukan lesen sebelum boleh digunakan. Tajuk entri merupakan singkatan daripada jenis-jenis lesen tersebut. Saya ringkaskan seperti di bawah :-

  • PLR – Private Label Rights
  • UPLR – Unrestricted Private Label Rights
  • MRR – Master Resell Rights
  • RR – Resell Rights
  • PU – Personal Use

Lesen PLR
Lesen jenis ini membenarkan produk digital dijual semula dan anda menyimpan 100% keuntungan daripada jualan tersebut seolah-oleh produk tersebut milik anda.

  1. Anda boleh menyertakan lesen MRR, RR atau PU dalam jualan produk tersebut. Untuk menjual semula dengan lesen PLR mungkin anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik asal produk tersebut.
  2. Anda dibenarkan untuk mengubah suai produk mengikut citarasa anda. Biasanya lesen PLR tidak membenarkan anda memberi percuma produk ini kepada pelanggan-pelanggan anda. Syarat terperinci apa yang boleh dan tidak boleh [do and dont’s] anda lakukan dengan produk ini boleh dilihat di dalam lesen yang disertakan semasa pembelian.

Lesen MRR
Jenis lesen kedua ini juga membenarkan anda untuk menjual semula produk digital tersebut dan menyimpan 100% keuntungan. Dengan memegang lesen ini, anda hanya boleh menjual produk tersebut dengan membekalkan lesen RR atau PU sahaja.

  1. Anda tidak dibenarkan mengubah nama produk atau menukar nama penulis/penerbit asal produk tersebut.
  2. Anda juga dilarang mengubah reka bentuk laman web jualan, ecover dan banner. Pendeknya, anda hanya boleh menjual produk ini dengan mengekalkan design asal produk tersebut dari semua sudut.

Lesen RR
Produk dengan lesen jenis ini memberi hak jual semula tanpa boleh memindahkan apa jua bentuk lesen jualan kepada pelanggan masing-masing. Anda perlu mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh tuan punya produk.

  1. Anda tidak dibenarkan menukar nama produk kepada nama lain termasuk juga dilarang menukar nama pemilik produk tersebut. Anda hanyalah diberi hak menjual semula produk tersebut. Dengan erti kata lain, pelanggan anda hanya menerima hak kegunaan peribadi [PU – Personal Use].
  2. Anda juga dilarang mengubah laman web jualan, ecover, banner yang datang bersama dengan produk tersebut. Walau bagaimana pun 100% keuntungan daripada jualan masih hak milik anda.

Lesen UPLR
Ini merupakan lesen tahap tertinggi yang memberi hak kepada pembeli untuk melakukan apa saja kepada produk digital tersebut.

  1. Anda boleh menjual semula produk tersebut di samping itu juga boleh menjual lesen yang berstatus PLR, MRR dan RR kepada pelanggan anda.
  2. Anda boleh mengubah design laman web jualan, ecover, banner malah boleh menjenama semula produk tersebut mengikut citarasa anda. Bahasa mudahnya, anda boleh lakukan apa saja seolah-olah produk tersebut adalah produk ciptaan anda sendiri.

Analogi mudah hirarki lesen-lesen ini boleh dilihat dalam illustrasi di bawah.

Mungkin sebelum ini anda berpendapat agak susah hendak menyediakan satu produk digital yang boleh anda jual tetapi dengan memahami pelbagai jenis lesen yang didatangkan dengan pembelian produk digital, rasanya anda sudah memiliki idea bagaimana anda juga dapat mengambil bahagian untuk menjual produk-produk digital di pasaran Malaysia ini. Malah idea ini boleh dikembangkan di peringkat global yang sudah tentu memiliki pasaran yang lebih luas.

Tepuk dada, tanya semangat anda. Adakah anda hanya akan tengok dan duduk sahaja mengadap laptop/pc/tablet semata-mata ?

Blogspot VS WordPress

As-salam,
Barangkali ramai yang masih berbelah bagi untuk membina web sendiri samada nak menggunakan platform blogspot atau wordpress. Kedua-dua platform ini adalah percuma dan mudah digunakan.

Pengguna hanya perlu mendaftar akaun secara percuma untuk mula membina web masing-masing. Kedua-dua platform sangat mudah digunakan dengan pilihan ‘customization’ dari segi template dan plugin yang banyak. Tidak ketinggalan juga pelbagtai widget yang tersedia untuk digunakan.

Dari segi kecepatan untuk ranking pada search engine (menggunakan google search) , saya berpendapat web yang diletakkan pada platform blogspot lebih terkehadapan berbanding wordpress kerana blogspot dimiliki oleh Google yang pastinya mendapat keutamaan untuk diindex oleh engin carian google (google search engine). Walaupun wordpress memberi kepelbagaian themes yang menarik dan cantik namun web yang diletakkan di platform ini mengambil sedikit masa untuk diindex oleh engin carian google.

Contoh url (alamat web) untuk kedua-dua platform ialah seperti berikut :-

Blogspot –  http://lamanwebanda.blogspot.com

WordPress – http://lamanwebanda.wordpress.com

Jika anda membina web berdasarkan niche tertentu dan mahu kedudukan ranking yang cepat pada engin carian google, pastikan anda memilih google blogspot untuk tujuan tersebut. Sebaliknya, jika ranking untuk page pertama bukanlah matlamat utama anda, hanya sekadar web dengan info khusus atau terhad spt laman web syarikat, blog peribadi, etc atau anda tidak kisah bilakah web anda tersenarai pada page pertama carian google (berdasarkan keyword yang anda pilih). Anda boleh menggunakan wordpress untuk tujuan tersebut.

Namun, jika anda ingin membina kredibiliti untuk perniagaan anda dan menonjolkan kepakaran anda dalam bidang tertentu, eloklah anda membeli domain sendiri (domain berbayar) yang tampak lebih professional dan mengkhusus dalam jenis perniagaan yang anda jalankan. Cth domain, boleh jadi  :-

http://www.namaanda.com atau

http://www.lamanwebsaya.net dan yang seumpamanya.
Moga bermanfaat.

Marhaban Ya Ramadhan

Salam,

Hanya sehari saja lagi, Syaaban bakal ditinggalkan bagi memberi laluan kepada Ramadhan, bulan paling istimewa yang penuh barakah, yang dinanti dan dirindui oleh salihin khususnya ahli-ahli ibadah.

Memang tidak dapat dinafikan kedatangan Ramadhan saban tahun muncul untuk menjadi madrasah buat mendidik, menyuci dan mengembalikan insan bernama manusia ini kepada fitrah.

Datangnya dengan disiplin puasa, yang merupakan satu tarbiyah bagi memastikan tujuan akhir ibadah ini diperolehi. Ibadah puasa di bulan Ramadhan juga membekalkan tenaga/momentum iman untuk menghadapi sebelas bulan ke hadapan yang sudah pastinya dihalangi dengan berbagai ujian dan godaan.

Justeru itu, bertuahlah mereka yang masih diberi peluang untuk melalui Ramadhan ini kerana berapa ramai rakan/sahabat taulan/jiran/saudara yang ada pada Ramadhan tahun lepas, tidak dapat bersama kita pada tahun ini.

Jadi perbanyakkanlah syukur kepada Allah kerana kita masih diizinkan-Nya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Buktikan kesyukuran kita dengan membanyakkan ibadah yang selayaknya di bulan mulia ini – bertadarus/membaca Al-Quran, bertarawih, berqiamullail, membanyakkan sedekah, solat berjemaah dan menjaga kualiti puasa kita sebagaimana yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w.

Akhir sekali, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan dan juga pengunjung blog ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya – Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadhan.

Admin.

Salam Aidilfitri 1414

Salam, Ramadhan bakal menghilang apabila tiba masanya, Syawal bakal mengambil alih perjalanan untuk ke bulan seterusnya. Di sepuluh yang akhir ini bertuahlah mereka yang memanfaat sepenuhnya siang dan malam untuk beribadah kepada Allah dan berusaha mencari malam yang terlebih daripada seribu bulan, Al-Qadar.

Peluang sebegini tidak akan ditemui di mana-mana bulan yang lain. Lantas, jika anda berkesempatan rebutlah sedikit daripada masa berharga anda untuk mengambil manfaat yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

Ramadhan, datangmu dinanti, permergianmu pasti ditangisi. Syawal yang bakal menjelang diharap tidak membatalkan tarbiyaah yang diterima di bulan Ramadhan dengan makan dan minum yang berlebihan dan tidak terkawal. Jangan jadikan ia bulan membalas dendam setelah sebulan mengawal nafsu daripada pelbagai aktiviti rutin yang kadangkala tidak sepatutnya dilakukan.

Jernihkan hati dan jiwamu untuk membawa kesan tarbiyyah Ramadhan ke bulan-bulan seterusnya, moga-moga Ramadhan yang dialui ini bermanfaat untuk membawa kebaikan dunia dan akhirat.


Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/jombalik/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427

Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/jombalik/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427