Home / Motivasi / Procastination – Sikap Sambil Lewa dan Suka Bertangguh

Procastination – Sikap Sambil Lewa dan Suka Bertangguh

ProcrastinationKerapkali saya ditanya rakan-rakan bagaimana hendak mencari duit lebih ataupun bagaimana nak menguasai sesuatu kemahiran tertentu, bagaimana nak mula perniagaan online dan sebagainya.

Pertanyaan sebegini atau senada dengannya datang bertalu-talu terutamanya ketika mereka menghadapi masalah tertentu. Hakikatnya jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi tersangat banyak malah kadang-kadang penyelesaian ada depan mata. Jadi apa masalahnya ?

Procastination atau dalam bahasa malaysianya sikap suka bertangguh melakukan sesuatu kerja atau melaksanakan apa-apa perancangan yang mengakibatkan matlamat yang dihajati atau yang dicita-citakan terbantut separuh jalan kerana mengambil sikap mudah dan sambil lewa ini.

Pernahkah anda berfikir “Saya akan  siapkan kerja ini esok…”, kerapkali kita menggunakan istilah esok untuk menangguh kerja yg boleh disiapkan hari ini. Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada timbulnya sikap sebegini. Antaranya :-

  1. Kesempurnaan –  adakah anda bimbang jika anda teruskan perancangan anda, keputusannya tidak seperti yang anda jangkakan ? Ini merupakan persoalan dan masalah yang biasa, tiada sesiapa pun di dunia ini sempurna dan semua orang melakukan kesalahan. Malah melakukan kesalahan merupakan satu proses yang membawa anda hampir kepada  matlamat yang ingin dicapai.
  2. Ketakutan untuk gagal – semua orang takut gagal, ini jugak penyakit yang biasa kepada sesiapa yang ingin mengejar cita-citanya. Tapi jangan jadikan ketakutan ini menghalang anda untuk terus berusaha kehadapan, seseorang itu tidak dikira gagal, sehinggalah dia berhenti daripada berusaha untuk mencapai cita-citanya.
  3. Kekurangan motivasi – kurangnya positif thinking akan menyebabkan anda terjerat dengan masalah kekurangan motivasi. Jika anda terus fokus dan melawan pemikiran negatif ini, insya-Allah sebarang halangan pasti dapat ditembusi demi goal/matlamat yang anda cita-citakan.

Sentiasa ingat sekiranya anda berkira-kira untuk menangguh sesuatu kerja kerana sesuatu masalah, renung kembali, hakikatnya masalah yg anda hadapi itu bukanlah masalah yang besar sangat. Kenyataannya kita selalu membesarkan masalah tersebut di dalam minda kita hingga ia kelihatan sangat besar berbanding hakikat sebenarnya.

we often magnify problems in our head and make them bigger than they are!

Ingat … ganjaran besar menanti mereka yang berjaya mencapai matlamat yang diidam-idamkan. Jom .. jadikan impian anda satu kenyataan!

Check Also

Tazkirah Ramadhan | Mencari Bahagia Menerusi Sabar

As-salam, Apabila kita diuji dengan kesusahan dan kepayahan lalu kita bersabar, maka hati kita akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>