Windows Shortcut

Assalamualaikum,

Majoriti daripada kita adalah pengguna OS Windows. Dalam melakukan kerja-kerja harian, tak kiralah samada anda seorang pelajar, guru, akauntan, artikitek, jurutera, usahawan, para pekerja di sektor awam mahupun swasta pasti menggunakan OS yang popular ini. Shortcut di Windows biasanya menggunakan kombinasi key yang popular di keyboard anda, samada Ctrl, Alt, Function Key, Arrow dan yang seumpamanya.
Jadi untuk memudahkan kerja anda di bawah ini saya senaraikan shortcut untuk penggunaan Windows yang lebih efisien dan pantas. Senarai shorcuts di bawah akan ditambah daripada masa ke semasa.

Selamat Mencuba!

Ctrl+A Select All
Ctrl+C Copy
CTRL+X Cut
CTRL+V Paste
CTRL+Z Undo
CTRL+B Bold
CTRL+U Underline
CTRL+I Italic
F1 Help
F2 Rename selected object
F3 Find all files
F4 Opens file list drop-down in dialogs
F5 Refresh current window
F6 Shifts focus in Windows Explorer
F10 Activates menu bar options
ALT+TAB Cycles between open applications
ALT+F4 Quit program, close current window
ALT+F6 Switch between current program windows
ALT+ENTER Opens properties dialog
ALT+SPACE System menu for current window
BACKSPACE Switch to parent folder
CTRL+ESC Opens Start menu
CTRL+ALT+DEL Opens task manager, reboots the computer
CTRL+TAB Move through property tabs
CTRL+SHIFT+DRAG Create shortcut (also right-click, drag)
CTRL+DRAG Copy File
ESC Cancel last function
SHIFT Press/hold SHIFT, insert CD-ROM to bypass auto-play
SHIFT+DRAG Move file

Solatlah Dengan Tenang Dan Berthuma’ninah

Assalam semua,

Thuma’nînah dalam solat itu termasuk salah satu rukun solat. Solat tidak dianggap sah tanpa ada thuma’nînah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengingatkan kepada salah seorang shahabat yang melakukan solat dengan buruk :

إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَكَبِّرْ ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ جَالِسًا ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَا

Jika engkau berdiri hendak melakukan solat, maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Qur’an yang mudah bagimu. Setelah itu, ruku’lah sampai engkau benar-benar ruku’ dengan thuma’nînah. Kemudian, bangunlah sampai engkau tegak berdiri, setelah itu, sujudlah sampai engkau benar-benar sujud dengan thuma’nînah. Kemudian, duduklah sampai engkau benar-benar duduk dengan thuma’nînah. Lakukanlah itu dalam solatmu seluruhnya ! (HR. al-Bukhâri,no. 757 dan Muslim,no. 397)

Solat fardhu lima waktu sememangnya mempunyai kedudukan yang sangat penting di dalam Islam. Perkara pertama yang akan dihisab bagi setiap orang Islam pada hari Kiamat ialah solatnya. Orang yang sempurna solatnya, nescaya akan berjaya dan bahagia di akhirat kelak. Akan tetapi jika sebaliknya, nescaya dia akan kecewa dan rugi sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ فَإِنْ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ فَيُكَمَّلَ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنْ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَكُونُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ

(رواه الترمذي)

Maksudnya: “Perkara yang pertama sekali dihisab atau dihitung ke atas seorang hamba pada hari Kiamat adalah solatnya. Jika (solatnya itu) baik, maka dia termasuk orang yang bahagia dan berjaya. Namun jika (solatnya itu) rosak, maka dia termasuk orang yang kecewa dan rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit daripada solat fardhunya, Allah ‘Azza wajalla berfirman: “Lihatlah (wahai malaikat) adakah hambaKu ini mengerjakan solat sunat, maka solat sunatnya itulah yang menyempurnakan kekurangan yang ada pada solat fardhu. Kemudian demikian juga (perkara fardhu jika ada kekurangan) pada semua amalnya (akan sempurna dengan perkara sunat).” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Dalam meraih kesempurnaan itu, perkara utama yang perlu diberi perhatian dan dipelihara ialah rukun-rukun solat. Ini termasuklah menitikberatkan perkara-perkara yang diwajibkan bagi setiap rukun tersebut. Antaranya adalah thuma’ninah.

Thuma’ninah merupakan perkataan yang cukup sinonim dengan ibadat solat. Namun sejauhmanakah kita mengetahui maksud dan mempraktikkan thuma’ninah itu dengan betul di dalam solat?

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Thuma’ninah?

Thuma’ninah dari segi bahasa ialah ketenangan. Dikatakan hati itu tenang ialah apabila hati itu di dalam keadaan reda, tidak bimbang, tidak resah mahupun gusar.

Manakala dari segi istilah fiqh pula thuma’ninah bererti kestabilan atau penetapan sejenak anggota badan pada satu masa.

Hukum Thuma’ninah

Menurut pendapat jumhur ulama termasuk ulama mazhab asy-Syafi‘e, thuma’ninah itu wajib dilakukan di dalam solat sama ada solat fardhu atau solat sunat.

Terdapat empat rukun solat yang diwajibkan padanya thuma’ninah iaitu ruku‘, i‘tidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Semoga Allah mempermudahkan kita untuk berhati-hati dengan rukun solat yang satu ini.

Wallahualam.

10 Penyedia Hosting Percuma

Assalam semua,

Tidak dapat dinafikan kini, keperluan kepada domain atau hosting kini menjadi penting. Tidak kira untuk digunakan oleh perniagaan atau individu yang mula berjinak-jinak untuk mencari pendapatan sampingan daripada internet.

Hosting adalah servis yang disediakan oleh penyedia hosting (hosting provider) untuk menyediakan ruang dan akses di server bagi menyimpan pelbagai jenis fail, data, maklumat berkaitan dengan web atau aplikasi tertentu. Dari servis yang diberikan ini, anda berpeluang membuat web, blog, aplikasi online yang dapat diakses secara  online. Terdapat pelbagai jenis hosting yang disediakan antaranya – shared hosting, VPS hosting, dedicated hosting, email hosting, cloud hosting, e-commerce hosting, etc

Kebiasaanya, penyedia hosting percuma ini akan memberikan subdomain hosting. Iaitu nama kedai atau domain anda berada dihadapan nama hosting tersebut. Misalnya, kedaianda.freehosting.com

Di bawah ini, saya kumpulkan 9 penyedia hosting percuma yang anda boleh cuba terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli hosting berbayar.  Namun, saya tidak menjamin kualiti dan reliabiliti mereka. Anda boleh cuba dulu untuk lihat sendiri apakah features yang tersedia daripada hosting  provider tersebut :

  1. InfinityFree.com
  2. 000webhost.com
  3. FreeHosting.com
  4. Byet.host
  5. AwardSpace
  6. GoogieHost
  7. x10Hosting
  8. FreeHostingEU
  9. FreeWebHostingArea

Biasanya, penyedia hosting percuma ini mempunyai syarat-syarat dan terma tertentu (terms and conditions). Pastikan anda membaca dan memahami syarat-syarat dan terma tersebut dahulu sebelum membuat keputusan untuk menggunakan servis mereka.

Selamat Mencuba!

Senyumlah Sikit Kawan … Senyum Kan Sedekah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ لِى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بَوَجْهٍ طَلِيْقٍ

Dari Abu Dzar radhiyallahu anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memberikan nasehat kepadaku dalam sabdanya,

“Janganlah sekali-kali meremehkan suatu kebaikan, walaupun hanya melemparkan senyuman kepada saudaramu ketika bertemu.” (HR. Muslim, no. 2626)

Faedah Hadis
Hadis ini memberikan faedah-faedah berharga, di antaranya;

1. Larangan meremehkan amalan kebaikan, sekecil apapun itu, walaupun sebagian kaum menganggap hal itu adalah masalah remeh saja. Karena amalan kecil dengan niat yang tulus dapat menjadikan amalan tersebut sangat bernilai di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Ibnul Mubarak berkata,

رب عمل صغير تعظمه النية، ورب عمل كبير تصغره النية

“Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar (pahalanya) karena sebab niat. Dan betapa banyak amalan yang besar menjadi kecil (pahalanya) karena sebab niat.” (lihat Al-Jami’ Ulum wal Hikam).

2. Sempurna dan adilnya ajaran Islam, bahwa semua orang mampu beramal sesuai dengan kemampuannya masing-masing, dan tidak boleh seseorang meremehkan amalan saudaranya.

3. Dianjurkan memberikan kebahagiaan bagi saudara sesama muslim, karena hal tersebut dapat mempereratkan hubungan ukhuwah Islamiyah dan menjauhkan permusuhan.

4. Wajah yang berseri-seri, senyum persahabatan tanpa kesinisan adalah di antara amalan-amalan ringan yang sarat makna dalam agama Islam yang mulia.

Wallahu Ta’ala A’lam.

Kripto | Part 1 – Apa itu Cryptocurrency?

Bitcoin adalah matawang virtual yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009. Menyedari kekurangan yang terdapat di dalam sistem perbankan tradisional, beliau membangunkan kripto ini menggunakan perisian terbuka (open source). Satoshi juga menggunakan rangkaian peer-to-peer (peer-to-peer network) untuk menjadikan kripto ini tidak memiliki simpanan terpusat (centralised). Dengan kata lain, ia bersifat decentralised dan tidak boleh dikawal oleh mana-mana pihak.

Dinamakan matawang kripto kerana ia menggunakan teknik kriptografi untuk memastikannya sentiasa selamat, tidak ada sebarang bentuk fisik dan dapat diakses secara transparent (tanpa nama, tanpa sebarang caj tambahan).  Meskipun kripto ini tidak menjadi alat pembayaran yang sah di sebahagian besar negara di seluruh dunia, ia semakin popular sebagai digital aset yang boleh disimpan untuk keuntungan di masa hadapan – sama seperti emas. Disebabkan, penawarannya yang begitu terhad, menjadikan nilai kripto ini melonjak tinggi kerana permintaan terhadapnya semakin meningkat.

Bagaimana cara cryptocurrency berfungsi ?

Secara asasnya, bitcoin hanyalah sebuah fail komputer yang disimpan di dalam wallet/dompet Bitcoin pada komputer atau handphone anda. Pengguna kripto akan menerima, menyimpan dan menghantar bitcoin dengan ertikata lain menjalankan urusniaga menggunakan kripto ini. Setiap urusniaga ini direkodkan di dalam senarai umum yang dikenali sebagai rantaian blok  (block chain). Ini membolehkan sejarah urusniaga bitcoin ini dijejaki (traceback) bagi mengelakan sebarang kesalahan atau penipuan dilakukan.

Berapakah jumlah keseluruhan Bitcoin ?

Jumlah keseluruhan Bitcoin ialah 21,000,000. Jumlah ini adalah tetap selamanya, tidak boleh ditambah atau dikurangkan. Unit terkecil di dalam Bitcoin dikenali sebagai Satoshi sempena nama pengasasnya.

Dikira pada kadar tukaran 1 BTC = 100,000,000 Satoshi. Iaitu 1 Satoshi = 0.00000001 BTC

Mohon Ampun Walau Dosa Mencecah Langit

Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي
“Wahai anak Adam, selagi mana kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan semua dosamu dan Aku tidak kisah pun.”

يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، وَلاَ أُبَالِي
Wahai anak Adam, kalaulah dosamu banyak sehingga mencecah langit sekalipun, lalu kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunkan dosamu dan Aku tidak kisah pun.

يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
Wahai anak Adam, jika kamu datang kepada-Ku membawa dosa sepenuh bumi ini, lalu kamu datang berjumpa-Ku dalam keadaan tidak mensyirikkan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan seisi penuh bumi ini.

(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 3540)

1. Allah sentiasa menyeru hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya. Kesediaan dan kesedaran hamba Allah amat penting untuk dia kembali memohon keampunan kepada Allah.

2. Sekalipun dosa hamba itu besar dan banyak, keampunan Allah itu lebih besar dan banyak. Akan tetapi bukanlah ini menjadi sebab menangguh-nangguhkan taubat dan melakukan dosa.

3. Dosa syirik tidak akan mendapat keampunan Allah sehinggalah dia kembali mengucap kalimah syahadah dan bertaubat.

4. Jangan berputus asa daripada rahmat Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya selagi masanya ada.

Semoga Allah kasihan kepada kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita.

Masa Untuk Menunaikan Tanggungjawab

PRN dah tamatkan ? Pemimpin dan rakyat perlu kembali kepada tugas masing-masing.

Untuk rakyat:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
Maksudnya : Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu. [Surah Al-Nisa’ (59)].

Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ حَقٌّ، مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِالْمَعْصِيَةِ، فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ
Dengar dan taat itu merupakan suatu perkara yang wajib, selagi mereka tidak memerintahkan kepada maksiat. Apabila mereka (pemerintah) mengarahkan kepada maksiat maka tidak wajib dengar dan taat. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Siyar, no: 2955].

Untuk Pemimpin:

Aisyah r.a meriwayatkan doa nabi s.a.w kepada pemimpin:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ ‏”‏ ‏.‏
Ya Allah, sesiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku, lalu dia menyusahkan umat, maka susahkanlah mereka. Dan sesiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku, lalu dia memudahkan umat, maka permudahkanlah mereka. [Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no: 1828].

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ
Daripada ‘Auf bin Malik r.a, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu mencintai mereka, dan mereka mencintai kamu. Mereka mendoakan kamu, dan kamu mendoakan mereka.

وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ ‏”‏ ‏.‏
Seburuk-buruk pemimpin kamu ialah yang kamu membenci mereka, dan mereka membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka melaknat kamu.

قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ فَقَالَ ‏”‏ لاَ مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلاَةَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلاَتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ وَلاَ تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ ‏”‏ ‏.‏
Baginda ditanya: Ya Rasulullah, adakah kami boleh menumbangkan mereka dengan pedang? Baginda menjawab: Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat di kalangan kamu. Jika kamu melihat pada pemimpin kamu apa yang kamu benci. Maka bencilah perbuatannya tetapi jangan kamu cabut ketaatan kepada pemimpin itu. [Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, no: 1855].

Imam al-Barbahari menukilkan dalam Syarhus Sunnah: Imam Fudhail bin ‘Iyad berkata:
لو كان لي دعوة مستجابة ما جعلتها الا في السلطان
Seandainya aku mempunyai doa yang mustajab, aku akan menjadikannya sebagai doa untuk pemerintah.

PRN 2023 | Memilih Pemimpin

Assalam,

Hari ini merupakan hari yang penting bagi menentukan halatuju negara. Siapa pun yang bakal dilantik, dari parti mana sekalipun, kita berharap dan berdoa kepada Allah swt mudah-mudahan negara ini dikurniakan pemimpin yang baik dan bertanggung jawab

“Ya Allah, lantiklah untuk urusan kami orang yang terbaik dalam di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang yang terburuk daripada kalangan kami.

Ya Allah, sesiapa yang menginginkan kebaikan buat negara kami, maka kurniakanlah kami kebaikannya dan sesiapa yang menginiginkan keburukan buat negara kami, maka hindarilah kami kejahatannya.

Selamat mengundi kepada semua warga Malaysia yang layak. Jom tunaikan tanggung jawab anda dengan segera. Buatlah pemilihan terbaik untuk negara ini, untuk dunia dan akhirat.

Jom balik undi …..

Merancang Belanjawan Anda

Semalam merupakan hari di mana Belanjawan 2013 dibentangkan di Parlimen Malaysia.  Belanjawan Malaysia seperti tahun-tahun sebelumnya dibentangkan dalam unjuran defisit. Apakah makna defisit ini ? Defisit bermaksud belanjawan yang negatif; perbelanjaan melebihi pendapatan atau bermaksud perbelanjaan daripada pinjaman/hutang.  Agak pelik jugak bunyinya ?

Apa pun, itu dari sudut negara atau daripada sudut makro. Laporan terperinci anda blh dapati daripada mana-mana akhbar di Malaysia pada hari berikutnya atau blh download laporan tersebut dari laman web Kementerian Kewangan. Jadi bagaimana anda secara individu pula merancang belanjawan harian/bulanan/tahunan anda ? Mungkinkah anda juga merancang ke arah defisit ?

Belanjawan berhemah adalah belanjawan yang dirancang sesuai dgn kemampuan kewangan anda. Sepatutnya, bila dirancang secara teliti, pastinya tidak akan berlakunya defisit malah anda mampu menyimpan sebahagian drp sumber kewangan anda untuk kegunaan masa hadapan. Boleh jadi dilaburkan semula dlm instrument-instrument kewangan yg menguntungkan atau blh diguna pakai untuk melakukan perniagaan yang insya-Allah boleh meningkatkan jumlah aset anda menerusi keuntungan yang diperolehi.

Yang pastinya untuk merancang belanjawan yg baik memerlukan ilmu pengurusan kewangan yang baik juga, bijak mengenalpasti antara keperluan dan kehendak, merancang perbelanjaan yang dapat diagihkan di sepanjang tahun dan bijak mengawal keinginan nafsu boros anda memungkinkan belanjawan anda termasuk dalam kategori berhemah ini.

Pengetahuan pengurusan kewangan yang baik bukan saja dapat memberi manfaat kpd anda, malah jika disandarkan kepada strategi-strategi tertentu, ia membolehkan anda hidup dalam kebebasan kewangan atau “financial freedom” sebagaimana yang diimpikan oleh kebanyakkan orang.

Selamat merancang belanjawan anda dan pastikannya bukan belanjawan defisit!

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun

Awal Muharam merupakan bulan penting bagi kalendar Islam kerana ia adalah permulaan tahun bagi umat Islam di seluruh dunia. Membaca doa hujung tahun hijrah sebelumnya dan di permulaan tahun baru merupakan rutin yang sangat dianjur untuk dilaksanakan oleh umat Islam seluruh dunia.

Berhijrah daripada tahun sebelumnya ke tahun baru dengan nekad untuk lebih baik daripada sebelumnya khusus dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah swt. dan mencari redhaNya di dunia dan di akhirat.

Dengan matlamat tersebutlah kita dianjurkan untuk memohon doa agar usaha tersebut mendapat redha Allah swt.

Antara doa yang disunatkan dibaca pada akhir tahun adalah seperti berikut :

Doa awal tahun yang dianjurkan adalah seperti berikut :

Moga kita semua dalam keadaan sihat dan bersemangat baru sempena tahun baru ini.

Antara yang menarik setiap kali tahun baru tiba untuk direfleksi bersama adalah: 

  1. Rasa syukur atas peluang yang diperolehi sepanjang tahun lepas

    Peluang yang datang kepada kita, adalah peluang yang Tuhan berikan untuk kita menambah baik diri dan melakukan sebanyak mungkin amalan kebaikan. Nikmat kesihatan, nikmat berkeluarga, nikmat kerjaya serta pelbagai nikmat yang kita perolehi. 

    Sudahkah kita memanjat syukur kepada Tuhan atas semua nikmat yang dipinjamkan ini?
     
  2. Harapan untuk hari esok

    Setelah pelbagai ujian yang kita lalui yang sering menjadikan kita putus asa dan tidak lagi ingin berharap. Tapi tahun baru datang membawa kita satu harapan bahawa esok sentiasa ada untuk kita dan Tuhan takkan pernah tinggalkan kita sendiri.

    Dua kali Tuhan sebut di dalam Surah Al-Insyirah, yang bermaksud:

    “Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

    dan kata-kata lain, yang juga bermanfaat :
    “Sakit kita sementara, sedih sementara, gembira sementara. Semua akan berlalu. Semua akan berganti”

    Semoga dengan mengingati pesan ini menjadikan kita lebih sederhana dalam menghadapi apa jua perasaan yang sedang dan akan kita rasakan. Kerana akhirnya, semuanya sementara kan. Akan berlalu pergi juga.

Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/jombalik/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464

Notice: ob_end_flush(): Failed to send buffer of zlib output compression (1) in /home/jombalik/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464